• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Oksigen Nyawa Bob Lokman, Jual Nasi Ayam Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEADAAN kesihatan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman beransur pulih selepas terpaksa berulang alik masuk wad selama enam bulan.

Bob atau atau Mohd Hakim Lokman, 54, berkata dia kini hanya ke hospital sekali sebulan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Tak selalu sangat kena pergi hospital, sekarang sebulan sekali buat pemeriksaan biasa sambil doktor tambah ubat.

“Ubat untuk sakit jantung, paru-paru dan kencing manis. Ada satu ubat jantung tu, harganya RM800 sebulan,” katanya ketika ditemui di kediamannya pada Rabu.

Tambah penulis lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) itu, jumlah ubat-ubatan yang terpaksa diambilnya adalah 13 jenis dan kos bagi kesemua ubat itu adalah lebih RM1,000 sebulan.

Bob menjalani rawatan itu di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh yang memiliki kepakaran dalam sakit jantung.

Bob mengalami masalah jantung, paru-paru dan kencing manis.

“Saya masuk hospital pada akhir 2014 sehingga Januari 2015.

“Lepas tu, tahun ni saya keluar masuk wad hospital bermula Januari hingga Jun 2018,” katanya.

Bob kini bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan perlu membawanya bergerak sekiranya keluar rumah.

Berkongsi tentang perkembangan terkini, Bob akan mula berniaga nasi ayam goreng kampung di Masjid Al-Ibtisam di TTDI Jaya, Shah Alam pada Selasa minggu depan.

“Saya pun memang tak bekerja, sekarang ni je saya rasa dah sihat, saya nak pergi berniaga balik.

“Minggu depan baru mula berniaga di Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Shah Alam.

“Orang masjid tawarkan saya berniaga di situ, saya setuju je,” katanya yang akan berniaga pada setiap Selasa hingga Ahad, pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.

Kata Bob, dia hanya akan menggoreng ayam dan akan dibantu oleh anak lelaki serta anak saudaranya.

Sebelum ini, Bob dilaporkan ditahan di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh akibat masalah jantung bengkak dan paru-paru berair pada awal Januari lalu. – mStar Online

Tags: Bob Lokmanpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd