PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyeru agar rakyat membuka mata dengan amalan nepotisme yang diamalkan oleh parti pembangkang, Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar bakal dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh bagi menggantikan tempat bapanya.
“Sudah jadi amalan PR, bukan sahaja PKR malah DAP. Inilah perjuangan PR.
“Ini bukan perjuangan rakyat. Rakyat harus buka mata. Pembangkang terlalu ego dan ini adalah budaya mereka,” katanya memetik The Rakyat Post.
Menurutnya, budaya sebegitu merupakan satu persepsi yang telah diserapkan dalam PR kepada rakyat sebelum ini.
Anak sulung Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah sebelum ini menyatakan tidak ada cadangan untuk menamakan adiknya, Nurul Nuha sebagai calon untuk menggantikan ayahnya.
Kata Izzah, “kalau boleh, biarlah saya dan ibu saya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) berada di dalam bidang politik”.
Anwar, 67, telah disabitkan bersalah di atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh. – MYNEWSHUB.CC
Video:  Kes Budak Jatuh Di Flat PPR, Kota DamansaraÂÂ
https://www.youtube.com/watch?v=3MOFwT7apUk

