• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Tegur Gaji Minimum Tak Ikut Ekonomi Semasa

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail mencadangkan kerajaan Johor mengkaji semula kadar gaji minimum di negeri ini.

Titah baginda, kadar gaji minimum yang ditetapkan termasuk untuk penjawat awam sepatutnya dinaikkan mengikut peredaran dan ekonomi semasa.

“Saya ada berbicara dengan Menteri Besar Johor mengenai isu gaji minimum dan saya percaya rakyat Johor berhak mendapat yang lebih baik.

“Saya sedia maklum bahawa kerajaan negeri boleh menetapkan gaji minimumnya yang tersendiri.

“Oleh yang demikian, dengan tilik pandang Tuanku Sultan Johor, saya mencadangkan kerajaan negeri mengkaji semula isu gaji minimum penjawat awam di Johor dan sepatutnya dinaikkan mengikut peredaran dan ekonomi semasa,” titah baginda di akaun Facebook HRH Crown Prince Of Johor semalam.

Tunku Ismail bertitah, baginda berharap kerajaan Johor berpendirian teguh dalam memastikan kebajikan pekerja dijaga dengan baik terutama penjawat awam.

Titah baginda lagi, sebagai Tunku Mahkota Johor, keutamaan baginda adalah memelihara kepentingan rakyat dan berlaku adil.

“Oleh itu, saya juga telah memberi pendapat kepada Menteri Besar Johor untuk melihat sama ada satu skim gaji minimum boleh dilaksanakan di seluruh negeri untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat Johor,” titah baginda.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini mengumumkan kadar gaji minimum dinaikkan sebanyak RM50 daripada RM1,000 kepada RM1,050 berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Pengumuman itu berbeza dengan janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) iaitu akan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500.

Kenaikan gaji minimum cuma RM50 itu menjadi bahan sindiran netizen yang menyifatkan ia memenuhi hasrat penyokong PH untuk kembali zaman lama “RM50 penuh satu troli”. – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Gaji MinimumTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd