• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Abai Pendidikan Seks Untuk Kanak-Kanak Autisme

oleh Cj Mnh
19/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendidikan seks sering dianggap tajuk sensitif untuk dibincangkan secara terbuka apatah lagi jika melibatkan kanak-kanak autisme.

Guru Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya 9 (2), Nor Atiqah Mohd Kohar berkata, secara biologi pengidap autistik juga sama seperti manusia normal yang mempunyai nafsu seksual.

Justeru ibu bapa dan guru mempunyai tanggungjawab memberi kefahaman mengenai seksual kepada kanak-kanak autisme.

“Apa yang membezakan mereka dengan manusia normal hanyalah akal fikiran.

“Ibu bapa dan guru perlu memahami mereka dan beri kefahaman seks yang jelas, skop autisme itu juga besar dan jangan cepat menjatuhkan hukum,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa pasti mengenali anak-anak mereka dan jika mereka cenderung dengan kelakuan sumbang lebih elok jika mencari inisiatif dengan berjumpa dengan pakar.

Beliau berkata demikian selepas Program Pendidikan Alam Semulajadi bersama murid-murid Pendidikan Khas Integrasi Siri 3 2018 (Sesi 2) di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.

Nor Atiqah mengulas me­ngenai penahanan seorang lelaki autisme berumur 22 tahun yang bertindak menyentuh dada seorang gadis di sebuah kedai makan di Subang Jaya, minggu lalu.

Penahanan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata mengutuk tindakan polis menahan dan mengari tangan lelaki autisme terbabit.

Sementara itu, program hari ini mendedahkan kanak-kanak autisme kepada alam semulajadi dan kepelbagaian sumber hutan disamping membantu meningkatkan keyakinan diri.

Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia, Dr. Ummi Hani Abdullah berkata, program hari ini merupakan perintis kepada penghasilan modul pendidikan alam semulajadi kepada kanak-kanak autisme kategori masalah pembelajaran yang lebih baik di masa hadapan.

“Jika kebiasaan mereka belajar teori di dalam kelas, tetapi hari ini mereka mengenali kebergantungan hidupan flora dan fauna.

“Kita juga dapat memupuk cara mereka berkomunikasi dengan lebih efektif dan mampu bekerjasama dalam kumpulan, katanya.

Seramai 24 orang kanak-kanak yang menyertai program hari ini dan melibatkan empat buah sekolah iaitu SK Salak Tinggi, SK Kota Warisan, SK Putrajaya Presint 8 (2) dan SK Putrajaya Presint 9 (2). – UTUSAN ONLINE

Tags: Kanak-Kanak AutismePendidikan Seks
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Laporan Perubatan Elemen Penting Sahkan Dakwaan Kanak-kanak Autisme Didera

Laporan Perubatan Elemen Penting Sahkan Dakwaan Kanak-kanak Autisme Didera

01/08/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis masih menunggu laporan perubatan berhubung kecederaan dialami seorang kanak-kanak autisme untuk menentukan sama ada mangsa didera atau...

Perkasa Pendidikan Seks Sedari Kecil

24/03/2021
0

KUALA LUMPUR - "Hidup mewah, hidup bergaya. Serba-serbi mahu berjenama". Gaya kehidupan sebegini sememangnya menjadi impian serta gilaan ramai orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd