• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Perubatan Elemen Penting Sahkan Dakwaan Kanak-kanak Autisme Didera

oleh Mohd Arshad
01/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Laporan Perubatan Elemen Penting Sahkan Dakwaan Kanak-kanak Autisme Didera
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis masih menunggu laporan perubatan berhubung kecederaan dialami seorang kanak-kanak autisme untuk menentukan sama ada mangsa didera atau cedera disebabkan faktor lain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata sehingga kini kertas siasatan hampir lengkap dan pihaknya yakin laporan perubatan itu sebahagian elemen paling penting dalam siasatan kes yang didakwa membabitkan penderaan itu.

Selain itu, katanya pihak polis juga sudah selesai merakam percakapan doktor pakar, ibu mangsa selain kakitangan pusat terapi itu dan memerlukan sedikit masa lagi untuk mendapat laporan penuh yang dikeluarkan pakar dalam masa terdekat.

“Kita hendak pastikan bahawa kesan lebam pada tubuh kanak-kanak itu apakah ia disebabkan didera atau faktor luaran termasuk elemen mencederakan diri sendiri.

“Saya sudah minta dan beri arahan kepada Ketua Polis Daerah jika sahih penderaan berlaku, sila ambil tindakan segera serta buat tangkapan pelaku berkenaan,” katanya pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah.

Kelmarin, polis dilapor merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang didakwa didera di sebuah pusat terapi berbayar di Skudai dekat sini, pada awal bulan lalu.

Mereka membabitkan tiga ahli terapi di pusat terbabit serta seorang pegawai perubatan.

Khamis lalu, seorang ibu dilapor kesal apabila anak istimewanya yang dihantar untuk menjalani terapi, disyaki didera di sebuah pusat terapi berbayar di Skudai sejak awal tahun ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

BHonline-

Tags: DeraKanak-Kanak Autismelaporan perubatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd