• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Ahli Geng ‘Jajar’ Dicekup

oleh Cj Mnh
18/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Hanya dalam tempoh 12 jam, tiga penjenayah dikenali geng ‘Jajar’ tumpas selepas mereka dicekup polis yang mengadakan Op Pintu, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata polis melancarkan operasi sebaik menerima laporan daripada mangsa yang memaklumkan rumah mereka dipecah masuk hingga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Beliau berkata, mangsa pertama berusia 47 tahun yang juga seorang peniaga memberitahu rumahnya di Raja Uda dipecah masuk kira-kira jam 10.50 pagi semalam dan diikuti mangsa kedua berusia 56 tahun yang memaklumkan kediamannya di Ampang Jajar dimasuki penjenayah pada jam 11.15 pagi.

“Susulan daripada dua laporan itu, polis menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki bersama rakannya dalam keadaan mencurigakan tidak jauh dari lokasi kejadian pecah rumah mangsa kedua namun suspek meloloskan diri dengan memecut laju kereta yang dipandunya.

“Bagaimanapun, polis dapat menjejaki keberadaan suspek dan mengekori mereka sehingga ke sungai berhampiran yang mana kedua-dua suspek bertindak terjun ke dalam sungai itu untuk melarikan diri sekali lagi namun tidak berhasil, ” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan yang dijalankan ke atas suspek berusia 22 dan 24 tahun itu membawa kepada penahanan seorang lagi suspek berusia 19 tahun dalam serbuan di sebuah rumah dekat Wisma Telaga Air, di sini pada jam 11 malam tadi.

“Suspek ketiga yang ditahan itu adalah pembeli barang-barangan yang disamun suspek pertama dan kedua yang mana ketiga-tiga mereka ini aktif menjalankan kegiatan terbabit kira-kira tiga bulan lalu.

“Ketiga-tiga mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes curi, samun dan pecah rumah termasuk dadah,” katanya.

Noorzainy berkata, dalam operasi dan serbuan yang diadakan itu, polis merampas kesemua barangan yang disamun suspek dianggarkan bernilai RM44,000.

Menurutnya, dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu menyelesaikan kira-kira tujuh kes kejadian pecah rumah di daerah berkenaan.

“Ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 23 September ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – BH Online

Tags: kes samunpenjenayah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita OKU Dihina Berjaya Masuk Pertandingan Ratu Cantik

Next Post

Kertas Siasatan Rakam Bawah Skirt Akan Diserahkan Kepada AG

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

Next Post

Kertas Siasatan Rakam Bawah Skirt Akan Diserahkan Kepada AG

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd