• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Iktiraf Permainan Video, Hiburan Digital Malaysia

oleh Cj Mnh
18/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Jepun mengiktiraf produk dan keupayaan industri permainan video dan hiburan digital Malaysia yang disifatkan mereka sebagai terbaik dalam kalangan negara ASEAN.

Komuniti perniagaan berasaskan industri permainan multimedia dan kandungan kreatif Jepun juga melihat bakat pemain Malaysia, ada yang setaraf pemain teknologi global termasuk Korea dan Taiwan.

Pasaran permainan Jepun mengekalkan kedudukannya sebagai yang ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China dengan Jepun antara pemaju dan pengeksport utama permainan video dalam industri.

Pengarah Jabatan Antarabangsa Kesatuan Kandungan Digital Jepun (DCAJ), Noriko Namikoshi, berkata Malaysia turut menawarkan kepelbagaian dengan ramai pemain bakat yang kreatif, berkemahiran dan berpendidikan yang mampu memberi saingan pada masa depan.

Justeru beliau berkata Jepun menaruh minat yang tinggi terhadap Malaysia untuk terus menjalin usaha sama dalam industri permainan video dan hiburan digital sekali gus meluas pasaran di rantau Asia.

“Daya kreativiti yang dipamerkan syarikat Malaysia semakin meningkat, lebih baik dari 10 tahun yang lalu, kami juga terkejut dengan pencapaian teknologi yang digunakan pemain bakat, ada di antaranya menyamai negara maju, mengatasi negara ASEAN lain.

“Kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga sangat positif dan memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan industri, oleh itu syarikat Jepun perlu merebut peluang yang ditawarkan,” katanya kepada NSTP di majlis Rangkaian Kerjasama dengan Pemain Pasaran Kandungan Digital Jepun dan Malaysia di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.

Turut hadir, Setiausaha Agung Kesatuan Permainan Video dalam Talian Jepun, Yoji Kawaguchi; Pengerusi ASEAN Economic and Fellowship Association, Yutaka Maruyama dan Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Tokyo, Shah Nizam Ahmad.

Lebih 100 wakil membabitkan hampir 30 syarikat utama pembangun permainan video dan hiburan digital Jepun menghadiri majlis itu bagi mencari peluang kerjasama dengan 12 syarikat Malaysia yang tiba di sini bagi menyertai pameran Tokyo Game Show 2018 yang bakal berlangsung mulai Khamis hingga Ahad ini di Tokyo Makahuri Bay.

Sementara itu, Kawaguchi berkata kesatuannya yang menaungi syarikat besar Jepun dalam industri berkenaan sedia membantu syarikat Malaysia untuk meluas pasaran mereka.

“Kami lihat syarikat animasi Malaysia mempunyai bakat dan menawarkan kandungan digital dan video yang menarik dan bermutu sesuai dengan pasaran masa kini. Kami bersedia menjadi orang tengah,” katanya.

Maruyama pula menyifatkan perniagaan berasaskan kandungan digital di negara itu semakin merosot dan perlu menjalin kolaborasi dengan negara luar termasuk Malaysia bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam industri berkenaan.

“Kami memerlukan bakat luar yang memiliki kandungan animasi kreatif dan segar dalam perniagaan ini dan Malaysia menawarkan peluang baharu itu,” katanya.

Sementara itu Ahmad Izlan berkata, Malaysia adalah pemimpin penciptaan Harta Intelek (IP) di Asia Tenggara dan destinasi penyumberan luar serantau untuk animasi dan permainan video.

Katanya, studio permainan Malaysia mempamerkan keupayaan mereka dengan membangun dan menyumbang kepada seni dan reka bentuk untuk permainan AAA seperti Final Fantasy, Street Fighter V dan Uncharted 4.

“Permintaan pasaran global untuk kandungan kreatif meningkat sejak sedekad lalu.

“Kami percaya dapat bekerjasama dan saling melengkapi dalam industri ini dengan memanfaatkan keupayaan dan kepakaran masing-masing sekali gus membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

INFO

* Terdapat 2.3 bilion permainan

* Sejumlah US$137.9 bilion dibelanjakan untuk permainan

* Hasil permainan digital dihasilkan terutamanya dari permainan mudah alih dan diikuti oleh komputer peribadi dan konsol. – BH Online

Tags: iktirafPermainan Video
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

151 Daripada 193 Anggota PBB Kini Mengiktiraf Palestin Termasuk 3 Negara G7

151 Daripada 193 Anggota PBB Kini Mengiktiraf Palestin Termasuk 3 Negara G7

23/09/2025
0

PARIS: Selepas hampir dua tahun konflik di Gaza, majoriti negara Eropah kini mengiktiraf Negara Palestin, termasuk Perancis, Belgium, Luxembourg, Malta,...

Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok

Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok

20/09/2025
0

ISTANBUL: Portugal akan mengiktiraf Palestin secara rasmi, umum Kementerian Luar semalam, sekali gus menjadi negara terbaharu mengambil langkah itu menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd