• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Malaysia Pada Asasnya Kukuh Dan Berdaya Tahan

oleh
17/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia secara asasnya kukuh dan mempunyai daya tahan yang tinggi walaupun terdapat ketidaktentuan dalam perkembangan global, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata dengan asas ekonomi yang kukuh, tadbir urus yang baik dan kebertanggungjawaban fiskal, Malaysia hanya mempunyai satu arah sahaja, iaitu ke hadapan.

Katanya sebagai negara perdagangan utama dunia, Malaysia tidak terkecuali daripada dipengaruhi perkembangan global kebelakangan ini yang telah meningkatkan pesimisme dan risiko menurun terhadap pertumbuhan ekonomi dunia.

Katanya disebabkan oleh pasaran pertukaran wang asing yang mendalam dan terbuka, nilai ringgit juga tidak dapat mengelak daripada dipengaruhi oleh faktor luaran.

“Bagaimanapun, prestasi Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau Asia Pasifik. Sejak akhir 2017, indeks tersebut telah naik 0.13 peratus sehingga 7 September.

“Sebagai perbandingan, Indeks Straits Times Singapura dan Indeks Nikkei 225 Jepun, masing-masing merosot sebanyak 8.29 peratus dan 1.72 peratus pada masa yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak akhir 2017, ringgit adalah antara mata wang di rantau Asia Pasifik yang paling berdaya tahan berbanding dolar US, susut hanya sebanyak 2.6 peratus dalam tempoh sama.

Lim berkata pengukuhan ekonomi Malaysia itu berdasarkan kepada lapan faktor – pertumbuhan yang mantap; kepelbagaian ekonomi yang tinggi; keadaan pasaran buruh yang menggalakkan; Malaysia terus menikmati lebihan akaun semasa; kadar pertukaran mata wang yang fleksibel; penampan luaran yang mencukupi; kadar inflasi yang rendah; dan konflik perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) telah mewujudkan satu peluang unik bagi Malaysia.

Peningkatan tarif import akibat perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu menyebabkan banyak syarikat, terutamanya syarikat pembuatan yang besar dari China dan AS, mencari tapak baharu untuk loji dan kilang mereka di Malaysia yang dilihat sebagai satu destinasi pelaburan yang selamat.

“Tahap pendidikan, kualiti infrastruktur fizikal dan bukan fizikal serta penguasaan bahasa Inggeris dan Cina juga memberikan Malaysia satu kelebihan berbanding pesaing lain seperti Thailand, Vietnam atau Indonesia.

“Malaysia juga kekal sebagai destinasi pelaburan yang lebih murah berbanding negara seperti Singapura dan Hong Kong,” katanya.

Lim berkata kedudukan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) bernilai US$104.4 bilion mencukupi untuk mengendalikan transaksi antarabangsa.

Tambahan pula, rizab itu merangkumi hanya satu suku daripada jumlah aset luaran Malaysia.

Bank-bank dan syarikat memegang tiga suku daripada aset luaran Malaysia, iaitu RM1.3 trilion pada akhir suku kedua 2018, yang boleh dicairkan untuk memenuhi tuntutan kewangan luaran mereka (RM740.9 bilion) tanpa membuat tuntutan ke atas rizab antarabangsa negara.

Institusi kewangan Malaysia juga mempunyai modal yang sangat mencukupi dan kecairan yang secukupnya untuk membantu aktiviti pengantaraan dalam negara, kata Lim.

Berdasarkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), katanya Indeks Sentimen Pengguna telah melepasi paras ambang 100 mata dan meningkat kepada 132.9 mata, paras tertinggi dalam masa 21 tahun, menunjukkan perbelanjaan pengguna akan mengukuh dalam masa beberapa bulan akan datang.

Pada masa sama, katanya Indeks Keadaan Perniagaan MIER naik kepada 116.3 mata pada suku kedua 2018, iaitu paras tertinggi sejak 2015.

Lim berkata kerajaan turut berazam untuk melaksanakan semua langkah yang diperlukan bagi memastikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dibasmi daripada sistem pentadbiran negara. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd