• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DHU Sedia Penuhi Permintaan Tinggi Bagi Tenaga Kerja Sektor Automotif

oleh
17/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DHU), bersedia untuk memenuhi permintaan tinggi bagi tenaga kerja dalam sektor automotif yang akan memerlukan kira-kira 700,000 pekerja dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ini berdasarkan permintaan yang mendesak untuk kereta, pertumbuhan ekosistem automotif negara dan bagi Malaysia untuk muncul sebagai hab automotif serantau, kata Naib Canselor Prof Datuk Seri Dr Omar Osman dalam kenyataan hari ini.

Selain meningkatkan kemahiran graduan DHU dengan teknologi industri automotif yang praktikal untuk menyokong pasaran tempatan, katanya pelan universiti itu pada masa depan, adalah “ menjalin kerjasama di peringkat ASEAN dengan rakan-rakan di Indonesia, Thailand, Bangladesh, China dan India” untuk memenuhi kapasiti pasaran kerja serantau.

Dr Omar berkata industri automotif akan berkembang di seluruh rantaian bekalan, daripada pusat servis kepada operasi pembuatan dan sehingga perkhidmatan selepas jualan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Ini bukan sahaja meliputi bidang teknikal di peringkat kilang, yang termasuk pemasangan dan operasi automotif kejuruteraan mekanikal, tetapi juga bidang bukan teknikal seperti kesihatan dan keselamatan dalam aspek pembuatan dan perniagaan, katanya dalam kenyataan yang mengandungi petikan temu bual itu.

Katanya bidang pertumbuhan baharu yang mempunyai potensi dalam sektor automotif termasuklah sukan bermotor, kesihatan dan keselamatan.

Bagaimanapun, katanya kursus paling popular di sini ialah teknologi perkhidmatan automotif yang mencatat jumlah pelajar paling ramai, katanya.

Dr Omar berkata DHU menyedari mengenai cadangan bagi satu lagi projek kereta nasional yang mungkin kenderaan elektrik atau hibrid, dan universiti itu “bersedia untuk menyediakan tenaga kerja yang mungkin diperlukan.”

Sehubungan itu, katanya universiti tersebut bekerjasama rapat dengan agensi dan kementerian yang berkaitan dengan sektor automotif dan Kementerian Pendidikan.

Sebagai sebuah universiti, DHU menyedari industri automotif sedang berkembang pesat yang melibatkan kemajuan dalam bidang elektronik, mekanisasi dan robotik.

Bagi tujuan itu, DHU menawarkan kursus teknikal dan kejuruteraan yang relevan, termasuk melengkapi pelajar dengan keupayaan yang dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka.

“Pelajar DHU mengikuti kursus yang menyokong ekosistem automotif sejajar dengan keperluan industri yang berkembang,” kata Dr Omar.

Berpegang kepada moto “universiti oleh industri untuk industri,” katanya DHU telah membangunkan program akademik yang memenuhi keperluan industri.

Ini dilengkapi dengan sokongan daripada kumpulan DRB-Hicom Bhd dan 60 syarikat yang terlibat dalam pembuatan kereta, pemasangan, pengeluaran komponen, servis, perbankan dan hartanah.

Universiti itu, yang terletak di Pekan, dilabel sebagai “Detroit of Malaysia” dan mempunyai hubungan yang erat dengan industri, kata Dr Omar sambil menambah graduan DHU telah terbukti menjadi jurutera yang amat baik dalam bidang automotif.

“DHU bersedia untuk berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam sektor automotif,” katanya. – BERNAMA

Tags: automotif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pempengaruh automotif Bro Wong meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kos operasi perniagaan yang disifatkan semakin menekan khususnya dalam...

Sektor Automotif Kembali Rancak Menuju Penghujung Tahun

12/12/2021
0

Prestasi sektor automotif yang lesu hampir sepanjang tahun ini ekoran ketidaktentuan pasaran yang disebabkan oleh risiko COVID-19 dan pelaksanaan Perintah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd