• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Dengan PAS Selaras Dasar Perjuangan UMNO

oleh
16/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Muktamar PAS Pusat di Terengganu, semalam menunjukkan parti itu sentiasa sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik asalkan ia bertepatan dan selari dengan perjuangan asas parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata prinsip asas UMNO yang mementingkan perjuangan kepada bangsa, agama, dan tanah air akan menjadi penentu kepada kerjasama yang bakal berlaku.

“Gabungan ini saya lihat tidak menjadi masalah asalkan ia bertepatan dengan matlamat perjuangan UMNO yang mencari titik persamaan dan sanggup mengenepikan sebarang perbezaan.

“Mungkin akan wujud perbezaan pandangan tapi kerjasama tetap perlu diteruskan dengan memfokuskan perjuangan kepada rakyat dan masa depan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Persona Kasih sempena bulan kesedaran kanser kanak-kanak di Wisma Belia, di sini.

Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri berkata kerjasama ini tidak memfokuskan kepada satu parti sahaja tetapi ia bersifat terbuka.

“Buat masa sekarang, PAS bersesuaian dengan prinsip perjuangan yang diamalkan oleh UMNO dan secara peribadi bagi saya apa pun dalam politik, perjuangan kita adalah untuk rakyat.

“Gabungan ini juga bagi saya dapat memberi cabaran besar kepada kerajaan kini dalam memastikan kesejahteraan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd