• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga M’sia Terlibat Sindiket Pemerdagangan Manusia Ditahan

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI GOLOK – Polis Thailand menahan seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok berhampiran Kelantan dipercayai menjadi ‘penjaga akaun’ bagi sindiket pemerdagangan manusia rentas sempadan.

Timbalan Ketua Polis Bahagian ke-9 Mej Jen Daoloi Muendech berkata wanita berumur 35 tahun itu dikenali dengan panggilan ‘Kakak’ dalam kalangan penduduk Rantau Panjang, Kelantan ditahan polis tempatan beberapa hari lepas ketika menyeberangi ke Sungai Golok tanpa sebarang dokumen.

“Hasil siasatan yang dijalankan menunjukkan wanita itu mengenali ketua sindiket pemerdagangan manusia warga Malaysia itu beberapa tahun lepas. Dia (Kakak) ditugaskan (sindiket) mencari individu untuk membuka akaun bank dan diupah RM250,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya ‘Kakak’ yang juga memiliki satu waran tangkap dari Mahkamah Wilayah Songkla yang dikeluarkan Ogos lepas mendakwa beliau bersubahat dengan sindiket pemerdagangan manusia melibatkan mangsa berusia 18 tahun ke bawah bertujuan untuk dijadikan hamba.

Beliau berkata warga Malaysia itu mengakui sering ke Sungai Golok untuk menukar wang dan membuat pembayaran antara 50,000 Baht (RM6,250) hingga 150,000 Baht (RM18,750) kepada anggota sindiket terlibat yang tinggal di Chumphon dan Ranong, di selatan Thailand.

Daoloi berkata pihak polis akan meneruskan siasatan serta meminta kerjasama Polis Malaysia untuk menyiasat sindiket pemerdagangan manusia itu. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd