• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bambu Anak Kerbau + Lembu

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

FIZIKAL seperti kerbau, tetapi mata, kuku dan bulunya bercirikan lembu demikian sebahagian ciri keunikan kerbau dan lembu kacukan daripada baka Charolais milik seorang penternak di Kampung Tebakang, Bukit Payong.

Maidin Ibrahim, 57, berkata, dia menternak lembu dan kerbau sejak 25 tahun lalu, tetapi pertama kali memperoleh anak kacukan kerbau dan lembu seperti itu.

“Saya memanggilnya dengan nama Bambu dan ia sudah berusia dua tahun sekarang.

“Ramai penternak yang ingin membelinya, tetapi saya tidak mahu jual kerana ingin melihat ia membesar.

“Jika diikutkan, baka jantan Charolais kacukan ini mungkin boleh membesar hingga 1 tan berbanding berat terkini 700 kilogram,” katanya ketika ditemui di kandangnya, semalam.

Maidin berkata, dia turut menternak 20 lembu dan empat kerbau dengan kos makanan dan ubatan diperuntukkan untuk ternakannya lebih RM3,000 sebulan.

“Ramai juga rakan penternak yang datang melihat dan pelik dengan Bambu kerana warna bulunya kemerah-merahan dan ia tidak sama seperti kerbau albino atau balau,” katanya.

Anaknya, Mohd Firdaus Maidin, 19, berkata, dia membantu bapanya menternak lembu dan kerbau itu sejak berusia 12 tahun.

“Tabiat Bambu lebih mirip kepada kerbau, tetapi tidak terlalu gemar berendam dalam lumpur seperti kerbau biasa.

“Uniknya Bambu kerana ia terhasil bukan melalui proses permanian berhadas, tetapi secara semula jadi,” katanya.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, berdasarkan biologi, kacukan kerbau dan lembu tidak mungkin berlaku kerana dua haiwan itu mempunyai kromoson yang berlainan.

“Jika diikutkan fitrah, gabungan lembu dan kerbau tidak menghasilkan anak, tetapi jika ia berlaku, perkara itu ialah kejadian yang ajaib dan pertama kali berlaku.

“Memang lembu dan kerbau secara semula jadi boleh berlaku persenyawaan apabila dikurung di dalam kandang yang sama, tetapi untuk menghasilkan anak kacukan sukar,” katanya.

Menurutnya, dia akan menghantar pasukannya untuk meneliti kesahihan hal itu dalam tempoh terdekat. – myMetro Online

Tags: kerbauLembu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

21/07/2025
0

RANTAU PANJANG: Sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand kini menggunakan taktik semakin licik termasuk menyeludup dadah menggunakan...

Lembu Korban Jatuh Perigi

Lembu Korban Jatuh Perigi

08/06/2025
0

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd