• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Permohonan Permit Kenderaan Perdagangan Di Sarawak Selesai

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tiada lagi isu kelewatan mendapatkan permit bagi kenderaan perdagangan di Sarawak akan timbul mulai Oktober depan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, isu yang berbangkit sejak Mei lalu itu, akhirnya dapat diselesaikan setelah pihaknya melantik sementara Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Syafiq Anas Abdullah sebagai pemangku Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak.

Katanya, sebelum ini, terdapat rungutan daripada pengusaha kenderaan perdagangan terutama pemilik lori di negeri ini terhadap kelewatan mendapatkan permit daripada LPKL ekoran ketiadaan Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga LPKP Sarawak yang bermesyuarat untuk menyelesaikan permohonan mereka.

“Kekosongan dalam Lembaga LPKP Sarawak berlaku apabila individu yang dilantik oleh kerajaan terdahulu meletak jawatan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), manakala pelantikan baharu belum dibuat sehingga kini.

“Memandangkan jawatan dalam Lembaga LPKP bagi Sabah dan Sarawak merupakan lantikan politik, maka kementerian perlu mengemukakan senarai nama individu yang dicadangkan kepada Perdana Menteri untuk diluluskan terlebih dahulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) LPKP Sarawak di Pusat Maklumat Islam Kuching di sini hari ini.

Yang turut hadir, Mohd Syafiq Anas dan Pengarah LPKP Sarawak, Razami Mohamad Jamali.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, isu kelewatan permit bagi kenderaan perdagangan hanya berlaku di Sarawak memandang Pengerusi LPKP Sabah masih mengekalkan jawatan sehingga kini, manakala di Semenanjung, proses meluluskan permit adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Justeru, ujarnya, kementerian memutuskan untuk melantik sementara Mohd Syafiq Anas sebagai pemangku Pengerusi LPKP Sarawak bagi membolehkan mesyuarat berhubung permohonan permit diadakan secara berkala pada setiap bulan mulai Oktober nanti.

“Kita juga sudah menyelesai dan meluluskan permohonan permit yang tertangguh sejak Mei lalu dengan mengadakan mesyuarat sebaik sahaja pemangku LPKP Sarawak dilantik.

“Saya difahamkan ramai pengusaha kenderaan perdagangan membeli lori sebelum September ini kerana mengambil kira pada masa itu dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan belum terlaksananya sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST),” katanya.

Mengenai Lembaga LPKP Sarawak yang baharu, Anthony memberitahu, beliau tidak dapat menentukan tarikh pelantikan dan siapa individu dicalonkan kerana ia perlu dikemuka dan diluluskan oleh Perdana Menteri terlebih dahulu. – UTUSAN ONLINE

Tags: permit kenderaansarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd