• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gamuda Land Bangunkan Taman Tema Pertama Di Gamuda Cove

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Gamuda Land akan membangunkan tapak seluas 619 hektar di kawasan selatan Lembah Klang yang turut dilengkapi taman tema pertama de­ngan nilai pembangunan kasar (GDV) RM20 bilion.

Pengarah Projek Gamuda Land, Aw Sei Cheh berkata, projek yang terletak di laluan Lebuh Raya Elite itu diyakini mampu memenuhi permintaan mereka yang mahukan gaya hidup moden selain kualiti keindahan suasana semula jadi.

Katanya, dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun akan datang dan tiga fasa pertama dijangka dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

“Kawasan projek perumahan terbabit akan dilengkapi dengan taman tema yang pastinya akan menarik pembeli yang dijangka siap 2022.

“Persekitaran yang menarik, digabungkan dengan lokasi yang baik, memastikan nilai yang mampan, terutamanya daripada perspektif pelaburan,” ujarnya ketika sesi taklimat bersama media di Menara Gamuda hari ini.

Menurut Sei Cheh, projek perumahan yang dikelilingi alam semula jadi itu akan menyediakan kemudahan gaya hidup serba canggih seperti kediaman, tasik dan ruang rekreasi yang membolehkan penduduk beristerehat dan mengamalkan gaya hidup sihat di kawasan berkenaan.

“Tanah seluas 24 hektar dilengkapi dengan tiga tasik yang dilengkapi laluan berjalan kaki dan basikal manakala 20 hektar kita akan membangunkan Gamuda Cove Discovery yang membolehkan penduduk melakukan aktiviti ekstrem,” ujarnya.

Projek itu juga terletak pada lokasi strategik dengan hanya 15 minit pemanduan daripada beberapa lebuh raya antaranya, Le­buhraya Utara Selatan (PLUS) ,Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya MEX (Maju Expressway). –UTUSAN ONLINE

Tags: GamudaTaman Tema
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Setem Sambutan Hari Malaysia Di Pasaran Pada 18 Sept

Next Post

Pasangan Suami Isteri Edar Dadah Ditahan

Related Posts

Kerajaan Batal Ambil Alih 4 Lebuh Raya

06/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan membatalkan perancangan mengambil alih empat lebuh raya di Lembah Klang daripada Gamuda Berhad (Gamuda) membabitkan nilai...

Taman Tema Dibenar Operasi, Saringan Suhu Sekali Sahaja

29/06/2020
0

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini mengumumkan lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi,...

Next Post

Pasangan Suami Isteri Edar Dadah Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd