• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Di Arab Saudi Sarapan Dengan Wanita

oleh Ahmad Albab
14/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki warga Mesir yang bekerja sebagai penyambut tetamu di Arab Saudi ditahan baru-baru ini selepas memuat naik video pendek yang menunjukkan dirinya sedang sarapan bersama seorang wanita yang memakai niqab, di media sosial.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Bahaa itu ditahan pada Ahad lalu selepas video dirinya bersarapan dengan seorang pekerja wanita di sebuah hotel di Jeddah, menimbulkan rasa kurang senang ramai di media sosial.

Klip video itu menunjukkan hanya Bahaa dan wanita yang memakai niqab menikmati sarapan pagi, tetapi ia jelas merupakan pelanggaran undang-undang Arab Saudi yang menyatakan bahawa tempat kerja dan restoran harus mempunyai ruang yang berasingan untuk lelaki dan wanita.

Ia menimbulkan kecaman sebahagian besar penduduk Arab Saudi, yang melihat tingkah laku berkenaan tidak bersesuai dengan budaya di negara itu.

Selepas dikecam, Bahaa kemudian memuat naik video kedua mengenai reaksi orang ramai yang dibesar-besarkan, memandangkan dia hanya bersarapan dengan rakan sekerja.

Bahaa yang ditahan pihak berkuasa kerana videonya yang menyinggung ramai di media sosial berkemungkinan berdepan untuk penjara atau diusir keluar dari Arab Saudi di atas kesalahannya.

Pemilik hotel juga dipanggil untuk memberi penjelasan, khususnya mengapa gagal mematuhi peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku wanita di tempat kerja, dan mengapa mengupah seorang ekspatriat untuk melakukan pekerjaan yang sepatutnya dikhususkan kepada warga Arab Saudi. – odditycentral/mStar Online

Tags: Arab Saudilelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd