• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Jepun Obses Lumut Jadi Bisnes Untung

oleh
13/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Kaori Shibo kelihatan membongkok memerhatikan sebuah pokok menerusi kaca pembesar di dalam hutan di tengah Jepun dengan perasaan menyeronokkan. Objek kegemarannya? Lumut!

“Oh, anak sporofit keluar! Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini,” luah Shibo, 41 tahun, yang terpesona sambil menjerit dan kepalanya cukup dekat untuk mencium balak dari sebuah pokok tumbang di hutan Yatsugatake.

Dia keluar berjalan-jalan bersama kira-kira 20 orang lainnya, sebahagian daripada masyarakat yang semakin bertambah di Jepun obses dengan tumbuhan dikenali sebagai bryophyta, termasuklah lumut.

“Apabila anda renung tumbuhan hijau yang begitu kecil, anda tentu dapati dunia berkembang luas dari situ. Ia seperti alam semesta mikro,” jelas Masami Miyazaki, 42 tahun, rakannya yang juga seorang penggemar lumut.

Kumpulan itu keluar meneroka beberapa hari sebelum musim hujan di Jepun, ketika cuaca kelihatan begitu baik bagi ekspedisi untuk lihat pelbagai jenis lumut seperti lumut hati, lumut tanduk dan lumut kerak yang begitu padat.

Ia segar membaluti pokok-pokok hutan dan juga batu besar. Hutan itu, yang mengelilingi tasik Shirakomanoike dan terbentang di seluruh utara banjaran gunung Yatsugatake, adalah tempat popular bagi penggemar tumbuhan mikro.

Di sekitar banjaran gunung Yatsugatake sahaja, lebih 500 jenis tumbuhan boleh diperhatikan, menurut Masanobu Higuchi, pakar briologi terkenal di Jepun dan juga ketua kumpulan pengembaraan berjalan kaki tersebut.

Shibo berkata “Saya tergila-gilakan lumut, bukan kerana bentuk dan warnanya yang cantik. Saya terbawa-bawa oleh sebab ia boleh ditemui di mana-mana di sekitar kita, namun tidak pernah sedari betapa indahnya tumbuhan ini.”

Beberapa tahun kebelakangan ini, penggemar lumut di Jepun kian meningkat, dengan pengembaraan berjalan kaki memenuhi keinginan mereka untuk lihat pelbagai tumbuhan dan kedai-kedai jual tumbuhan di dalam terarium.

Ia begitu sesuai bagi rumah kecil di Jepun. Persatuan Lumut Utara Yatsugatake mula menganjurkan pengembaraan berjalan kaki melihat lumut sejak tahun 2011, yang menarik minat kira-kira 40 orang dalam tempoh tahun itu.

Namun untuk tahun ini sahaja, sejumlah 140 orang menyertai pengembaraan berjalan kaki persatuan ini, yang lazim dibuat setiap bulan hingga Oktober sebelum musim sejuk, dengan permintaan melebihi bilangan tempat sedia ada.

Lumut sebenarnya sudah begitu popular dalam kalangan pekebun-pekebun Jepun tradisional selama berabad-abad lamanya malahan ia memang tumbuh dengan subur dalam cuaca lembap di negara matahari terbit itu.

“Landskap cantik semula jadi yang menarik dan padat, itu adalah intipati taman-taman Jepun,” ujar pereka terkenal taman Jepun, Chiso Shigemori, bercakap kepada AFP di taman Jepun yang dijaga elok di kuil Tofukuji, Kyoto.

Katanya, lumut dianggap sebagai tumbuhan terbaik yang menutupi tanah bagi persekitaran tradisional seumpama itu kerana ia membantu dalam usaha mereplika landskap secara semula jadi dalam bentuk miniatur.

“Landskap gunung dan kepadatan kehijauan yang berbeza kesemuanya boleh dilahirkan oleh lumut. Di kuil itu, kebanyakan taman ditutupi pokok renek dikenali sebagai ‘sugi-goke’ atau lumut pokok araz dalam bahasa Jepun.

Batang runcing menyerupai pokok araz miniatur dan lumut sangat popular kepada pereka taman Jepun. Sementara lumut adalah kepuasan estetik semata-mata bagi sesetengah orang Jepun, bagi yang lain ia juga perniagaan besar.

Nama jolokan ‘Moss King,’ Oichi Kiyomura, kebanyakan harinya menghabiskan masa meredah belukar liar di lereng dan malah di cenuram, mencari lumut yang boleh dicedok ke dalam dulang dan dijual kepada para penggemar.

Jauh sangat dari karier yang pernah diceburinya, menjalankan perniagaan kelab malam, tetapi Kiyomura, 64 tahun, yang tinggal di pergunungan Nikko, utara Tokyo berkata bahawa perniagaan lumut begitu menguntungkan.

Dia raih sekitar 30 juta yen setahun dengan membayangkan itu adalah anggaran sederhana. Perubahan haluan kepada lumut bagi dirinya muncul pada satu hari apabila keluar memetik cendawan bersama-sama seorang rakan.

“Itu adalah sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan, tetapi saya menemukan komuniti lumut yang amat cantik, berumpun dalam bentuk kubah-kubah kecil. Itu adalah pertemuan kali pertama saya dengan lumut,” menurutnya.

Tumbuhan berkenaan adalah jenis yang dikenali di sini sebagai ‘arahshiragagoke,’ dan agak popular dalam kalangan para pekebun bonsai tempatan bagi mendapatkan daun yang sangat baik seperti lembaran sutera.

“Saya berpendapat orang akan berminat dengan sesuatu yang sangat cantik apabila saya mula menjualnya.” Dia beli lot-lot tanah luas, termasuklah bersebelahan padang golf ditinggalkan apabila ekonomi Jepun mengalami kejatuhan.

Kemudian mula kumpul tumbuhan mikro. Dia kini menjualnya ke kuil, pereka taman tradisional, pekebun bonsai dan penggemar-penggemar terarium. Kiyomura mengakui sesetengah pengkritik mendapati lumut tidak menarik.

Namun dia pertahan obsesinya pada tumbuhan itu dan sambil berseloroh “Saya sangat sukakan lumut, malah lebih daripada wanita. Saya akan hidup bersamanya meskipun jika tidak ada sesiapa pun lagi ambil berat tentangnya.” – AFP

Tags: jepunlumut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd