• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruteknik Maut Kemalangan

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Seorang juruteknik maut selepas terlibat dalam kemalangan Kilometer 1.3 Lebuhraya Linkedua, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.33 pagi itu, mangsa, Mohd. Azam Karimin, 27, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ismail Dollah berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kulai menuju ke tempat kerjanya di Singapura.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah melanggar kereta Perodua Myvi yang mengubah lorong secara perlahan dari lorong paling kanan ke lorong kecemasan untuk membantu saudaranya yang terlibat kemalangan sebelum itu.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh sebelum dilanggar tiga buah motosikal lain yang gagal mengelak kerana jarak terlalu hampir,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Ismail berkata, pemandu kereta yang juga penyelia kilang di Singapura berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan manakala tiga penunggang motosikal berkenaan hanya cedera ringan. – UTUSAN ONLINE

Tags: juruteknikkemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd