• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Media Sosial Dengan Berintegriti

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak seluruh anggota masyarakat supaya lebih berintegriti serta berhati-hati dalam menggunakan media sosial dengan menyebarkan hanya maklumat sahih dan benar melalui medium itu.

Beliau berkata sebarang berita atau maklumat tidak benar dan tidak sahih perlu diabaikan serta dipadam kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat.

“Gejala berita palsu atau fitnah sebenarnya akan membawa kesan besar dalam masyarakat kita. Ini akan mengakibatkan jurang pemisahan lebih besar dan nilai-nilai muhibah akan semakin terhakis. Ini juga akan melibatkan maruah diri dan keluarga.

“Oleh itu, jadilah pengguna media sosial yang bijak, masyarakat akan terus hidup dalam nilai-nilai yang baik dan seterusnya keharmonian agama, bangsa dan budaya akan terus utuh dan kukuh,” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian pada perasmian Simposium Dakwah Media Baharu Zon Sabah 2018 di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai.

Turut hadir dalam simposium bertemakan ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan beberapa agensi itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim Datuk Paimuzi Yahya, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah(Muis) Datuk Seri Dr Hasbullah Mohd Taha dan Mufti Sabah Datuk Bongsu Aziz Jaafar.

Menurut Mohd Shafie media baharu atau media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Wechat turut membawa kesan besar terhadap pembentukan institusi keluarga yang merupakan unit asas dalam dalam pembentukan masyarakat seterusnya negara.

Justeru, katanya penggunaan media sosial berkenaan perlu dilakukan secara bijak dan bertanggungjawab dengan tujuan positif serta bermanfaat demi kebaikan semua pihak.

“Kini pembangunan institusi keluarga yang kukuh menjadi antara cabaran utama yang perlu dihadapi oleh setiap negara di dunia… sudah tentu aplikasi-aplikasi media sosial ini berupaya mengeratkan lagi perhubungan bukan sahaja dalam kalangan rakan dan taulan tetapi juga dalam sesebuah keluarga itu sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: berintegritimedia sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk...

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd