• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Politik Dibenar Sewa Dewan Orang Ramai

oleh Ahmad Albab
13/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Harapan membenarkan semua dewan orang ramai, dewan majlis perbandaran dan bilik-bilik Mesyuarat digunakan dan disewakan kepada orang ramai termasuk parti-parti politik bagi menjalankan program atau sebarang aktiviti.

Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak Abdul Yunus Jamhari berkata, Kerajaan Negeri sedar kemudahan awam yang disediakan selama ini dibiayai oleh wang pembayar cukai, justeru semua golongan masyarakat berhak menggunakannya dengan kadar caj berpatutan dan tidak membebankan.

Pendekatan itu berbeza dengan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang melarang dan menyekat parti pembangkang untuk menyewa dan menggunakan kemudahan berkenaan.

“Memandangkan proses pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung belum selesai sepenuhnya, orang ramai yang ingin menyewa atau menggunakan kemudahan berkenaan boleh berhubung dengan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Penghulu Mukim di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Abdul Yunus, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, berkata Kerajaan Negeri juga komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan awam yang berkualiti untuk rakyat. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: dewanpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming didakwa berasa dirinya seperti 'rockstar' tanpa menyedari banyak ucapannya...

PMX Anwar Syukur Kehadiran Luar Biasa di Kuala Pilah, Petanda Kebangkitan PH

PMX Anwar Syukur Kehadiran Luar Biasa di Kuala Pilah, Petanda Kebangkitan PH

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran orang ramai pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd