• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Perempuan Ditemui Di Laluan Pejalan Kaki

oleh
13/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan yang diletakkan di dalam sebuah beg ditemui di laluan pejalan kaki di jejantas Jalan Kampung Pandan off Jalan Imbi di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ditemui tiga pekerja kontraktor pembersihan pada Ahad lalu.

”Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Shaharuddin berkata bayi seberat 2.45 kilogram yang lahir cukup usia kandungan dan sifat itu dianggar dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui, dan kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak HKL sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Afrizal Aizat Md Ariff di talian 012-7883138. – BERNAMA

Tags: bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd