• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Khas Teliti Masalah Kekurangan Guru

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mencari cara penyelesaian terbaik untuk menangani masalah kekurangan guru di beberapa negeri terutamanya di Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata antara punca kekurangan guru di empat negeri berkenaan adalah kos sara hidup yang tinggi dan kedudukan sekolah yang berada di kawasan pedalaman.

“Masalah kekurangan guru ini bukan hanya berlaku di kawasan bandar seperti Johor dan Selangor tetapi turut melibatkan kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak dan KPM telahpun mengambil tindakan untuk menanganinya.

“Ia masih berada pada tahap terkawal namun kita perlu mencari jalan keluar dengan segera dan antara yang kita pertimbangkan termasuklah pemberian elaun tambahan bagi menarik minat lebih ramai tenaga pengajar ke kawasan terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan (PPIPK) 2018 di Kampus Temenggong Ibrahim di sini, hari ini.

Menurutnya, kawasan yang ‘kritikal’ ketika ini adalah di Johor Bahru dan Shah Alam memandangkan guru-guru kurang berminat mengajar di negeri ini berikutan kos sara hidup yang tinggi.

“Kita juga ada membincangkan usul untuk menambah elaun sara hidup kepada guru-guru yang mengajar di sini kerana kita mendapati negeri-negeri ini kurang mendapat pilihan berikutan kos sara hidup di negeri ini.

“Tetapi cadangan ini masih di peringkat kajian kerana kita perlu mengenalpasti kawasan-kawasan strategik yang benar-benar memerlukan bantuan ini dan kita akan membuat pengumuman selepas laporan jawatankuasa ini siap sepenuhnya,” kata Teo.

Katanya, untuk Sabah dan Sarawak, KPM telah melaksanakan Dasar 90:10 iaitu dasar 90 peratus guru tempatan dan 10 peratus guru luar mengajar di kedua-dua negeri ini.

“Sehingga hari ini, kita telah berjaya mencapai tahap 87 peratus guru tempatan di Sabah dan Sarawak dan kita juga mahu mengawal kualiti guru-guru. Ini tidak bermakna sekiranya ada kekosongan di kawasan pendalaman kita akan ambil, tidak.

“Guru-guru yang ditempatkan di kawasan ini juga perlu memenuhi syarat-syarat minima yang ditetapkan oleh KPM sebelum diluluskan untuk mengajar di sesebuah kawasan,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: GuruKPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd