• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Tembak Mati Rakan Sekerja Mengaku Salah Miliki Pistol

oleh Cj Mnh
12/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pengawal keselamatan yang disyaki terlibat dalam kes tembak mati rakan sekerjanya di Seri Iskandar hujung bulan lalu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki senjata api tanpa kebenaran.

Tertuduh, Mohd. Halin Jabar, 52, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sepucuk pistol jenis semi auto nombor siri 83451 tanpa kebenaran yang sah daripada mana-mana pihak di pos pengawal Idaman Pharma Manufacturing Sdn. Bhd., Lot 120 Taman Farmaseutikal di Seri Iskandar kira-kira pukul 7.55 malam 31 Ogos lalu.

Pertuduhan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md. Yusof mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap lelaki terbabit dan mahkamah menetapkan 19 September ini untuk menjatuhkan hukuman.

Tertuduh juga akan dibawa ke Mahkamah Majistret Parit hari ini untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian pada 31 Ogos lalu, seorang pengawal keselamatan Orang Asli daripada suku Semai, Masri Pandak, 37, yang berasal dari Tronoh maut ditembak rakan setugas di pos pengawal di sebuah kilang ubat di Seri Iskandar.

Mangsa yang dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan di dada kiri dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol dari jarak dekat berhampiran pos pengawal berkenaan.

Motif kejadian itu dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara suspek dan mangsa tentang isu perbezaan gaji dengan suspek beranggapan mangsa cuba masuk campur urusan kewangan dan pekerjaannya selain menyebarkan cerita-cerita kurang enak mengenai dirinya kepada orang lain. – UTUSAN ONLINE

Tags: PistolSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd