• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Ibrahim Ingatkan Pihak PBT Siap Sedia Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pasukan penyelamat serta agensi berkaitan di negeri ini bersiap sedia menghadapi bencana banjir disebabkan faktor cuaca tidak menentu pada masa kini.

Menerusi Facebook Sultan Ibrahim, baginda mengingatkan semua pihak agar melakukan persiapan awal bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera ke kawasan penempatan yang terlibat dalam bencana banjir.

“Disebabkan faktor cuaca tidak menentu pada masa kini, adalah amat penting bagi semua pihak termasuk pasukan penyelamat supaya sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia,” titah Tuanku Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO) menerusi laman rasmi Facebook baginda, di sini hari ini.

Selain itu, baginda turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka ketika berlaku banjir.

Menurut Sultan Ibrahim, meskipun terjadi bencana alam, ia sekali gus dapat mewujudkan keharmonian menerusi kerjasama yang terjalin.

“Ketika berlaku banjir, kita dapat melihat bagaimana rakyat tanpa mengira agama datang membantu antara satu sama lain. Ini adalah peluang untuk mengukuhkan keharmonian serta perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor,” titah baginda.

Ahad lalu (9 Sept) Sultan Ibrahim berkenan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh, dekat Batu Pahat. – BERNAMA

Tags: BanjirSultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd