• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rina Ditempelak Kerana Kritik Annuar

oleh Cj Mnh
12/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun ditempelak apabila mengeluarkan kenyataan memastikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu yang bakal dilantik, bukan seperti penyandangnya sebelum ini.

Menurut laporan sebuah portal hari ini, Ahli Parlimen Titiwangsa itu bercakap seolah-olah bekas Pengerusi MARA sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa tidak layak dan berintegriti.

“Untuk pengetahuan Rina, apabila timbul isu pembelian aset MARA di luar negara, Annuar tidak teragak agak menyiasat secara dalaman, pergi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerah dokumen berkaitan pembelian hartanah tersebut.

“Beliau juga membuat keputusan di dalam mesyuarat Ahli Majlis supaya audit bebas dilantik dan selain itu Anwar adalah Pengerusi MARA pertama tidak menduduki jawatan kuasa tender agensi itu serta tidak mencampuri urusan perolehan dan tender MARA.

“Apabila difitnah hal penajaan bola, Annuar tidak teragak-agak meminta SPRM menyiasat malah pergi sendiri ke ibu pejabat SPRM walau tidak di panggil,” kata portal berkenaan di sini hari ini.

Semalam Rina dilapor berkata, pihaknya akan memilih individu yang benar-benar layak, khususnya daripada aspek kredibiliti dan kualiti untuk mengisi jawatan Pengerusi MARA baharu, bukan seperti penyandangnya sebelum ini.

“Pengerusi MARA kali ini, Insya-Allah kita bukanlah (lantik) orang yang seperti (Tan Sri) Annuar Musa lagi.

“Kita akan pilih orang yang lebih berkualiti dan profesional bagi memastikan hala tuju MARA selari dengan hasrat kita, iaitu supaya agensi ini lebih dimartabatkan,” katanya dipetik berkata

Mengulas kenyataan Rina itu, portal berkenaan menjelaskan di bawah pimpinan Annuar, MARA telah mencatat kewangan yang kukuh dan berjaya mewujudkan dana pendidikan RM1 bilion dan anak syarikat MARA khususnya PMB mencatat keuntungan 180 peratus.

“Lebih 200,000 pelajar di bantu MARA setiap tahun dan selain mendapat pengiktirafan akaun bersih ketua Audit Negara selama tiga tahun berturut turut di bawah Ahli Parlimen Ketereh itu

“Jadi, rakyat pastinya berharap sebagai menteri, Rina dapat melantik orang yang boleh mengatasi rekod dicipta Annuar di MARA,” katanya.

Annuar yang dilantik sebagai Pengerusi MARA sejak 19 Julai 2013, pernah ‘direhatkan’ daripada jawatan itu serta Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) pada 31 Januari tahun lalu.

Arahan rehat itu bagi membolehkan audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW). – BH Online

 

Tags: Anwar IbrahimRina Mohd Harun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd