• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Kelaparan Global Meningkat – PBB

oleh Haris
11/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUMLAH manusia menghadapi kelaparan telah meningkat sejak tiga tahun lalu, selepas beberapa tahun menurun, menurut satu laporan PBB.

Menurut analisis itu, 821 juta manusia seluruh dunia tidak mendapat zat yang cukup pada 2017 – iaitu sekitar seorang daripada sembilan orang.

Manakala hampir 151 juta kanak-kanak bawah lima tahun – 22 peratus daripada keseluruhan seluruh dunia – terbantut pertumbuhan akibat kekurangan nutrisi.

Kumpulan pengarang laporan tersebut berkata iklim ekstrem menyumbang keadaan ini dan menggesa tindakan global.

Laporan itu, The State of Food Security and Nutrition in the World, juga menyatakan kesukaran mendapatkan makanan berkhasiat juga menyumbang kepada masalah peningkatan masalah obesiti, dengan seorang daripada lapan orang dewasa – lebih daripada 672 juta – diklasifikasikan sebagai obes.

Pengarang laporan itu juga menyatakan kekerapan kejadian iklim ekstrem seperti banjir, panas, ribut dan kemarau, telah meningkat dua kali sejak awal 1990-an.

Iklim ekstrem juga memberi impak pada hasil tanaman dan ketersediaan makanan tetapi juga boleh mengurangkan jumlah orang yang sihat dan mampu untuk bercucuk tanam, dan wang dan masa dimiliki orang untuk mendapatkan makanan berkhasiat dan selamat.

Masalah kelaparan ini juga lebih buruk di negara yang sistem pertaniannya sensitif kepada variasi jumlah hujan dan perubahan suhu, dan di mana ramai orang bergantung pada pertanian untuk kehidupan mereka.

Pengarang-pengarang laporan ini turut menggesa usaha global yang tersusun di samping tindakan negara terbabit supaya negara bermasalah boleh segera bangkit selepas menghadapi bencana berkaitan iklim.

Laporan ini disempurnakan oleh Perubuhan Makanan dan Pertanian PBB, Program Makanan Sedunia, Unicef, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan Dana Antarabangsa untuk Pembangunan Pertanian. – Agensi

Tags: kelaparanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perang Di Ukraine Boleh Sebabkan 11-19 Juta Penduduk Dunia Kelaparan – FAO

11/06/2022
0

GLOBAL | Perang di Ukraine memberi kesan ketara kepada pasaran makanan global dan boleh menyebabkan tambahan 11 hingga 19 juta...

Malaysia Sokong Penyelesaian Politik Dikawal Rakyat Afghanistan

14/09/2021
0

PUTRAJAYA - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menekankan sokongan Malaysia ke atas proses inklusif yang dipimpin, dimiliki serta dikawal oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd