• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perang Di Ukraine Boleh Sebabkan 11-19 Juta Penduduk Dunia Kelaparan – FAO

oleh AK-47
11/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GLOBAL | Perang di Ukraine memberi kesan ketara kepada pasaran makanan global dan boleh menyebabkan tambahan 11 hingga 19 juta orang mengalami kelaparan kronik, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Jumaat, lapor Xinhua.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jurucakap FAO Boubaker Ben Belhassen dalam satu taklimat media di Geneva berkata kedua-dua negara yang terlibat dalam konflik itu adalah pengeluar utama komoditi pertanian dunia, dengan gabungan bahagian sekitar 30 peratus daripada eksport gandum global.

Negara-negara paling terjejas akibat konflik adalah di wilayah Afrika utara, katanya.

Beliau berkata memetik laporan tinjauan makanan terbaru FAO, yang menunjukkan kemungkinan mengetatkan pasaran komoditi makanan pada 2022 disebabkan “harga input melambung tinggi, kebimbangan mengenai cuaca dan peningkatan keadaan pasaran tidak menentu.”

Selain itu katanya, harga makanan antarabangsa yang lebih tinggi diunjurkan meningkatkan bil import makanan global sehingga AS$1.8 trilion pada 2022.

“Bil import yang lebih tinggi terutamanya mencerminkan kos unit lebih tinggi berbanding volum yang lebih tinggi, dengan banyak negara, terutamanya negara yang terdedah dari segi ekonomi, akan menghadapi bil yang lebih tinggi ketika mengimport dalam jumlah lebih kecil,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: FAOkelaparanKrisis Rusia-Ukraine
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vaksin COVID-19 Moderna Selamat Untuk Kanak-Kanak – FDA

Next Post

Kemas Rumah Pusaka, Terserempak Ular Sawa 30KG

Related Posts

Malaysia Boleh Main Peranan Penting Galak Keamanan Di Ukraine

Malaysia Boleh Main Peranan Penting Galak Keamanan Di Ukraine

16/08/2023
0

KUALA LUMPUR - Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan keamanan di Ukraine dengan menyokong 'formula perdamaian' 10 perkara yang...

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi Empat Wilayah Ukraine

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi Empat Wilayah Ukraine

05/10/2022
0

ANKARA - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu meluluskan perjanjian mengenai "penerimaan" wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson Ukraine ke...

Next Post

Kemas Rumah Pusaka, Terserempak Ular Sawa 30KG

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd