• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Sertai Latihan Maritim Terbesar Australia

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – China mengambil bahagian buat kali pertama dalam latihan maritim terbesar Australia di mana lebih 3,000 anggota dari 27 negara terbabit menyertai latihan di luar pelabuhan strategik utara di Darwin.

Exercise Kakadu disertai 23 kapal dan kapal selam dari seluruh rantau Indo-Pasifik, membolehkan mereka menyesuaikan diri bagi membantu menghalang konflik di laut lepas serta menyelaras usaha bantuan ketika bencana.

Komander Anita Sellick daripada frigat Australia, HMAS Newcastle berkata, dua kelasi Tentera Laut Diraja Australia diterima ke dalam frigat China, Huangshan ketika latihan.

“Dua kelasi tentera laut Australia kini berada dalam kapal China. Justeru mereka berupaya berintegrasi antara satu sama lain dan mempelajari sedikit bagaimana rasanya menyertai Exercise Kakadu,” kata Sellick kepada Reuters kelmarin.

Komander Armada Australia, Laksamana Muda Jonathan Mead, memberitahu media di Darwin dalam satu wawancara disiarkan televisyen Jumaat lalu, wujud manfaat bersama dalam membangunkan kesefahaman dan kepercayaan ketika latihan.

Latihan ketenteraan bersama itu, yang akan diteruskan sehingga 15 September ini, disokong Tentera Udara Diraja Australia dan membabitkan 21 pesawat. – Reuters/BH ONLINE

Tags: AustraliaChina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd