• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Amal Prinsip Terbuka – Rafizi

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – PKR mengamalkan prinsip terbuka dalam semua aspek sejak penubuhannya ​​​​​​20 tahun lepas, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Beliau berkata parti itu sentiasa berterus terang dengan anggotanya terhadap semua perkara bagi mengelak berlaku “barah” yang boleh menghancurkan parti.

“Parti Keadilan berhujah dan beritahu terus semua perkara kepada ahlinya. Kalau tak cakap terus, ahli tidak akan tahu cerita sebenar.

“Proses pemilihan pun semua 900,000 ahli akan mengundi. Menang kalah memang akan ada, tetapi tidak ada parti serpihan kerana masing-masing akan tetap bantu perkukuh parti selepas itu,” katanya ketika berucap pada Majlis #Reformasi 20 tahun di Felda Residence, di sini malam tadi.

Kira-kira 300 ahli PKR Terengganu hadir ke majlis yang merupakan lokasi ke lima penganjuran yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang juga calon Ketua Wanita PKR.

Rafizi berkata budaya dalam parti itu berbeza dengan parti lain seperti UMNO dan PAS yang tidak berani menegur secara terbuka.

Katanya PKR berjaya kekal teguh sejak penubuhannya kerana berupaya mengkritik secara terbuka dan melaksanakan proses demokrasi dengan berkesan.

Justeru, katanya prinsip itu perlu dikekalkan jika PKR tidak mahu menerima nasib yang sama dengan PAS yang melahirkan parti serpihan, Amanah dan UMNO yang melahirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Rafizi yang merupakan calon timbalan presiden PKR akan berdepan dengan penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan ADUN Bukit Antarabangsa pada pemilihan parti yang akan berlangsung selama sembilan minggu bermula bulan ini. – BERNAMA

Tags: PKRRafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd