• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Boleh Tumbang Jika Tidak Guna Kuasa Dengan Betul

oleh
08/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh tumbang jika tidak menggunakan kuasa pemerintahan yang ada dengan betul dan untuk kebaikan, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata justeru anggota Bersatu, dari peringkat akar umbi hingga ke kepimpinan tertinggi, perlu membentuk dan menyemai nilai murni dan mulia di dalam parti untuk dimanfaatkan rakyat.

“Kita perlu belajar daripada sejarah. Parti lawan kita yang amat berkuasa suatu ketika dahulu telah dicabut kuasa daripadanya lantaran mereka melakukan begitu banyak kerosakan dengan menyalahgunakan kuasa.

“Mereka biarkan nilai dan budaya buruk meresapi parti sehingga mereka ditolak oleh rakyat. Parti kita masih baru dan saya percaya kita masih boleh membentuk budaya Bersatu yang mulia untuk memastikan bahawa kita menggunakan kuasa dengan cara yang betul dan parti kita sentiasa berada pada landasan yang benar,” katanya.

Menteri Dalam Negeri itu berkata demikian dalam ucapannya menerusi rakaman video pada sambutan ulang tahun kedua Bersatu di Stadium Malawati di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir; Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Beliau memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada majlis tersebut untuk bersama anggota parti meraikan sambutan ulang tahun Bersatu atas sebab kesihatan yang belum mengizinkan.

Muhyiddin berkata kuasa pemerintahan adalah satu amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan digunakan di landasan yang betul.

“Tuhan sedang menguji kita dengan kuasa. Adakah kita akan menggunakan kuasa untuk melakukan kebaikan atau mendatangkan kerosakan,” katanya.

Justeru, katanya budaya Bersatu perlu berlandaskan kepada lima nilai utama iaitu disiplin, amanah, perpaduan, mengutamakan perjuangan dan komitmen kepada parti agar perjuangan mereka terus relevan.

Beliau berkata anggota Bersatu tidak seharusnya membuat hal masing-masing sehingga parti itu porak poranda selain ada rasa hormat dan taat kepada arahan pucuk pimpinan dan tidak mewujudkan kem-kem dan kumpulan-kumpulan di dalam parti yang akan menyebabkan perpecahan.

Katanya anggota Bersatu juga perlu sedar kemenangan parti itu dalam pilihan raya yang lalu tidak bermaksud ia sudah mencapai semua tujuan perjuangannya, sebaliknya ia sedang memasuki satu fasa baharu dalam perjuangan untuk memulihkan negara dan melakukan pembaharuan.

“Yang penting kita terus istiqamah berjuang dan berikan sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi parti dan Perdana Menteri untuk mengemudi bahtera negara kita.

“Saya percaya jika kita amalkan semua nilai murni yang saya sebutkan, kita akan dapat membentuk satu budaya Bersatu yang akan melahirkan pejuang-pejuang tulen yang sentiasa berjuang untuk memperkukuh dan memperteguhkan parti,” tambahnya.

Muhyiddin berkata selain memperkukuhkan Bersatu, anggota parti itu juga mestilah memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) dengan menjalin kerjasama yang lebih erat antara parti-parti anggota PH. – BERNAMA

Tags: BERSATUMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Konvensyen BERSATU Selangor: Sayap Bersekutu Jadi Kunci Agenda Inklusif, Sasar Sokongan PRU16

Konvensyen BERSATU Selangor: Sayap Bersekutu Jadi Kunci Agenda Inklusif, Sasar Sokongan PRU16

26/04/2026
0

SHAH ALAM – Kehadiran Sayap Bersekutu dalam Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Selangor dilihat sebagai langkah signifikan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd