• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Persekutuan Tak Perlekeh Undang-Undang Syariah Negeri

oleh
08/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Kerajaan Persekutuan khususnya kabinet tidak pernah memperlekehkan pelaksanaan undang-undang syariah di setiap negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata adalah menjadi keprihatinan kerajaan agar pelaksanaan hukum Islam di setiap negeri dilihat dalam aspek lebih besar dan holistik kerana ia memberi kesan kepada pesalah serta agama.

“Kerajaan khususnya kabinet tidak pernah pertikaikan proses perundangan dan peruntukan sedia ada di negeri-negeri, itu kena jelas.

“Selagi ada peruntukan, ikut proses dan semua itu dimaksimumkan, tiada bantahan (daripada pesalah), akhirnya hukuman dilaksanakan ini kita tidak kacau,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa ribut serta sumbangan kepada surau dan masjid di Tanjung Piandang dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, 43 mangsa ribut menerima sumbangan antara RM200 hingga RM500 manakala surau mendapat RM3,000 dan masjid RM5,000.

Mujahid, yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar, mengulas hukuman sebat enam kali yang dilaksanakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap dua wanita berumur 32 dan 22 kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 8 April lepas.

Menjelas lanjut, Mujahid berkata tidak menjadi isu bagi Kerajaan Persekutuan yang tiada kuasa ke atas peruntukan undang-undang negeri untuk memberi perhatian terhadap perkara tertentu.

“Ini (sebatan) adalah hukum ta’zir dan kita boleh kritik tiada masalah. Kritik cara, apa tujuan hukuman dilaksanakan dan paling utama kesan bukan nak aibkan tetapi nak beri pengajaran,” katanya.

Selain iti, beliau berkata satu perbincangan meja bulat akan diadakan dengan Institut Pengajian Lanjutan Islam Antarabangsa Malaysia (IAIS) bagi membincangkan isu perundangan Islam dalam konteks rahmatan lil alamin (rahmat) dan Maqasid Syariah, akhir bulan ini.

Beliau berkata persidangan itu membabitkan peserta bersesuaian dan Kerajaan Negeri bagi mendapatkan pandangan semua pihak mengenai isu perundangan Islam. – BERNAMA

Tags: Mujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

22/07/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan...

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH

18/06/2020
0

SHAH ALAM - Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd