• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Ulangi Komitmen Untuk Beri Kerjasama Kepada SPRM

oleh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengulangi komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Musa, yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sunga Sibuga, Rabu lalu, turut berharap sesi memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terhadapnya itu dapat diteruskan secepat mungkin.

Ketepatan itu dinyatakan oleh peguamnya Ridha Abdah Subri dalam kenyataan di sini malam ini.

Semalam, bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu gagal meneruskan sesi bersama SPRM di Putrajaya kerana masalah kesihatan apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke IJN.

Ridha Abdah berkata Musa dirujuk ke IJN selepas SPRM mendapati tahap kesihatan bekas ketua menteri itu tidak begitu baik selepas melalui lebih dua jam dalam sesi memberi keterangan.

Menurutnya, Musa kemudian mendapatkan nasihat pakar kardiologi di IJN sebelum ditahan di wad untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Pemeriksaan perubatan telah dijalankan dan atas nasihat pakar kardiologi, Musa dimasukkan ke wad bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut oleh pakar-pakar kardiologi IJN,” kata Ridha Abda.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah itu berhubung dakwaan rasuah pada PRU14, 9 Mei lalu

Menurut Azam, pihaknya membenarkan Musa mendapat rawatan dan sihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.

Musa pada 26 Jun lalu mengesahkan beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi serta meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei lalu untuk rawatan perubatan di London. – BERNAMA

Tags: Musa Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd