• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sayang PH, Undilah PAS” – Dr. Halimah

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KALAU sayang Pakatan Harapan (PH), undilah PAS,” itulah rayuan terakhir calon PAS, Dr. Halimah Ali kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, esok.

Beliau berkata undi itu adalah untuk memastikan PAS boleh memainkan peranan semak dan imbang kepada PH dan kerajaan Selangor supaya tidak tersasar daripada landasan pentadbiran yang sepatutnya.

“Sehingga kini, saya mendapat sokongan kuat dan mantap bukan sahaja daripada kepimpinan UMNO, tetapi juga daripada setiap komponen parti pembangkang yang lain.

“Kita (PAS) juga perlu seramai mungkin pengundi terutamanya daripada anak muda yang telah pun terikut arus deras Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang merasakan seolah-olah PH terlalu hebat, bagus dan akan melakukan magis.

“Semasa PRU14, pengundi memilih PH kerana merasakan mampu mengangkat suara rakyat dan semua masalah akan selesai tetapi selepas 100 hari (memerintah), rakyat masih ‘melarat’,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa PAS mampu membawa perubahan dan melontarkan suara rakyat yang tidak didengari di peringkat bawahan selama ini, sekiranya diberi mandat.

Sementara itu, Dr Halimah hanya mempertaruhkan keyakinan 50-50 dalam memenangi kerusi DUN Seri Setia.

“Tidak dinafikan PH mempunyai kelebihan dari segi 3M (wang, jentera dan media) manakala PAS pula terpaksa mengeluarkan dana daripada poket sendiri.

“Namun keluhan rakyat selepas PH gagal memenuhi manifesto 100 hari menjadi kekuatan PAS untuk meraih undi,” katanya.

Dr Halimah berdepan calon PH Halimey Abu Bakar pada PRK Seri Setia, berikutan kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia akibat kanser usus, 2 Ogos lalu. – BERNAMA

Tags: PASPRK Seri Setia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd