• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Luah Tidak Puas Hati Terhadap Prestasi Kabinet

oleh
07/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri sejak dilantik memegang portfolio masing-masing dalam kerajaan baharu.

“Saya tidak pernah berpuas hati. Kalau boleh, apa yang saya hendak (sesuatu yang telah diarahkan), telah dibuat kelmarin, bukan hari ini,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan yang juga Presiden PAN, Mohamad Sabu, Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Mahathir turut membidas tindakan sesetengah pegawai kerajaan yang melambatkan sesuatu keputusan hingga terpaksa ditukar ke jabatan lain demi melicinkan pentadbiran.

Beliau turut memberikan contoh tindakan pegawai yang melengahkan pelantikan pegawai menteri sehingga tidak dibayar gaji sejak empat bulan lepas.

“Oleh sebab tertentu kita tidak boleh mencapai 100 peratus janji kita. Kerosakan dalam kerajaan jauh lebih buruk sehinggakan ada orang elak laksanakan keputusan-keputusan yang telah dibuat.

“Kita dapati ada pegawai masih setia kepada pentadbiran lepas dan Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak). Apabila kita lantik pegawai, menteri berhak mendapatkan kakitangan mereka. Walaupun saya sudah luluskan pelantikan, tapi mereka masih belum mendapat gaji kononnya ada tidak kena dengan pelantikan.

“Bila Kabinet putuskan untuk ambil tindakan, barulah gaji dibayar,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga mendapat kecaman dan reaksi negatif pelbagai pihak, Mahathir berkata; “Ramai orang bagi pendapat. Dan kita juga sensitif dengan reaksi itu. Jadi kita telah buat keputusan untuk mengkajinya semula.

“Ini bukannya “carved in stone’ (tidak boleh diubah),” katanya.

Berhubung mesyuarat hari ini, Mahathir berkata beberapa perkara dibincangkan termasuk tahap kepuasan hati rakyat kepada kerajaan, peranan yang boleh dimainkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun depan atau berikutnya selain hal dalaman gabungan kepartian. – BERNAMA

Tags: kabinetMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd