• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Jumpa Presiden MCA Sebelum Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi menjelaskan kenyataannya berhubung peniaga yang enggan menurunkan harga barang.

Ismail Sabri berkata pertemuan itu dijangka diadakan sebelum Tahun Baharu Cina bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat kenyataan pada Jumaat lepas tentang perlunya peniaga tanpa mengira kaum menurunkan harga barang seiring dengan pengurangan kos berikutan penurunan harga minyak, isu itu masih dilihat belum selesai.

Ismail Sabri berkata MCA perlu berhenti mempolemikkan isu itu kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada Barisan Nasional (BN).

“Kalau MCA attack (serang) saya, orang UMNO akan terasa, kerana saya merupakan pemimpin UMNO,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Gen Y (Generasi Y) yang julung kali dianjurkan Yayasan Pertanian Belia Malaysia (YPBM) dengan kerjasama Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia, termasuk Kelab Umno Luar Negara di sini malam tadi.

Generasi Y ialah pelajar institusi pegajian tinggi dalam dan luar negara.

Kira-kira 100 orang pelajar hadir di program santai ‘You Tanya, I Jawab’ itu, yang membuka peluang kepada para belia untuk mendekati Ismail Sabri secara terus untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu semasa. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd