• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan Halimey Jadi Suntikan Semangat Kepada Anwar

oleh
06/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Sabtu ini, akan menjadi suntikan semangat kepada beliau yang juga bakal bertanding dalam PRK tidak lama lagi.

Katanya, meskipun kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan sudah stabil di bawah PH, sokongan rakyat masih diperlukan untuk mengundi Halimey yang berdepan calon PAS, Dr Halimah Ali.

Anwar turut menggamatkan suasana pada majlis jamuan malam bersama komuniti Cina di sini malam ini apabila menyatakan jika kemenangan tidak berpihak kepada calon PH itu, beliau akan menjadi takut untuk bertanding bila tiba gilirannya nanti.

“Saya mintaklah untuk PRK ini, kita memerlukan sokongan…saya sendiri pun tidak lama lagi kena bertanding juga, mahu masuk Parlimen bukan boleh masuk jalan-jalan sahaja, kena masuk PRK juga.

“Jadi esok bila menang di sini, saya kata saya mahu bertanding di mana, boleh tak kawan-kawan tolong saya beri undi untuk saya? Tapi yang penting sini kena menang dulu,” katanya ketikla berucap pada majlis tersebut.

“Esok kalau sini tak menang saya mahu bertanding saya takut lor,” katanya mengundang tawa hadirin majlis tersebut.

Hadir sama anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Halimey.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata terdapat tiga kawasan Parlimen sudah disenarai pendek untuk ditandingi Anwar dan ia akan diumumkan bulan ini.

Anwar berkata PH meletakkan Halimey sebagai calon pada PRK DUN Seri Setia bagi memperkuat kerajaan negeri Selangor dan meskipun PH sudah mempunyai majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), mandat daripada rakyat masih diperlukan.

“Menteri besar bagus, kerajaan negeri bagus, anggota Exco kerajaan negeri buat kerja dengan baik, ini masa kita beri sokongan kepada mereka. Cara beri sokongan ialah melantik calon kita (Halimey) untuk jadi ADUN. Saya minta kawan-kawan semua beri sokongan penuh kepada Halimey,” katanya.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd