• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan KSN Ibarat Jalan Keluar Buat Penjawat Awam

oleh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar yang menegaskan era penjawat awam menuruti arahan membuta tuli telah berlalu ibarat ‘jalan keluar’ buat golongan itu agar mereka cekap dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata Cuepacs menyokong bahawa penjawat awam tidak perlu menuruti arahan membuta tuli kerana mereka telah dibekalkan dengan perundangan dan garis panduan yang tersendiri.

“Kalau individu yang beri arahan itu sendiri akur kepada undang-undang yang termaktub, ternyata ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

“Namun apa yang membimbangkan Cuepacs adalah sekiranya terdapat arahan lain (arahan dari semasa ke semasa) yang tidak dipatuhi, ia akan menjejaskan markah prestasi dan menyekat laluan kerjaya pekerja itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ismail semalam dilaporkan berkata bagi mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, setiap penjawat awam perlu menjadi pemimpin yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, bukan hanya menjadi seorang pengikut.

Sehubungan itu, Azih menegaskan perlunya ada pemahaman bersama antara pihak pegawai atasan dan kumpulan pelaksana agar pentadbiran kerja licin.

“Kita harap semua pihak memahami peranan dan bidang tugas masing-masing serta saling menghormati antara satu sama lain. Ikut garis panduan yang ada, kawal emosi dan adakan perbincangan sekiranya terdapat sebarang permasalahan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata untuk mencapai hasrat Ismail, amalan integriti dalam kalangan penjawat awam perlu ditekankan.

“Kita dapati terdapat krisis integriti dalam penjawat awam, malah mengikut tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh 2013 hingga Julai 2018, 44.6 peratus salah laku melibatkan penjawat awam yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.

“Soalnya ialah jika golongan muda sendiri terlibat dalam kesalahan sebegini, bagaimana mereka boleh menjamin masa depan negara, jadi kursus integriti perlu diadakan kepada mereka selain sesi menyuarat pagi antara 10-20 minit di pejabat masing-masing bagi mengekalkan momentum kerja yang positif,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat itu penting bagi mengenal pasti sebarang perubahan dalam sikap seseorang pekerja, selain mewujudkan perhubungan dua hala yang baik antara pekerja dan ketua.

“Ketua jabatan juga perlu menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja selain mengamalkan sikap boleh menerima teguran…ia merupakan mekanisme yang terbaik,” katanya.

Tambahnya, sebagai pegawai kerajaan adalah susah untuk mengelak campur tangan ahli politik, namun mereka boleh menggunakan hak sebagai penjawat awam untuk mengabaikan arahan yang tidak betul.

“Mereka perlu menggunakan pendekatan psikologi…jangan cakap ‘tak boleh’ secara langsung dan jangan kata setuju pada masa sama, ‘learn to say no in a proper way’ (belajar untuk mengatakan tidak dengan cara yang betul),” katanya. – BERNAMA

Tags: Azih MudaCuepacs
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd