• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Seru Pengundi Balakong, Seri Setia Keluar Mengundi Sabtu Ini

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru 62,188 pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan 50,722 pengundi DUN Seri Setia supaya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) kedua-dua kawasan DUN itu Sabtu ini.

Timbalan pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood berkata pengundi dinasihatkan supaya merancang masa dan tidak memilih untuk keluar mengundi pada saat-saat akhir walaupun tempoh waktu mengundi telah dilanjutkan dari 8 pagi sehingga 5.30 petang.

Beliau juga meminta pengundi supaya membuat semakan maklumat daftar pemilih lebih awal sebelum hari pengundian, bagi memudahkan mereka merancang perjalanan selain mengelakkan daripada menghadapi kesesakan di pusat mengundi khususnya di barung semakan SPR.

Beliau berkata pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih tersebut melalui portal rasmi SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi 03-88927018; menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 atau menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak.

“Bagi pengundi yang telah mengetahui maklumat berkenaan, mereka tidak perlu menyemaknya lagi di barung SPR, sebaliknya mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat seperti pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Pengundi disaran membawa slip atau catatan maklumat tersebut serta menunjukkannya kepada petugas di saluran mengund. Slip atau catatan tersebut memudahkan petugas pilihan raya untuk membuat semakan nama dan membantu kelancaran proses pengundian,” katanya.

Dalam pada itu, Othman menasihati pengundi supaya membawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang rasmi serta sah (yang memaparkan maklumat gambar, nama dan nombor kad pengenalan) pada hari mengundi.

Beliau turut menasihati pengundi supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya.

PRK DUN Balakong menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki dan calon MCA Tan Chee Teong sementara di Seri Setia calon PH Halimey Abu Bakar bertembung dengan calon PAS, Dr Halimah Ali.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas manakala PRK DUN Seri Setia diadakan susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.

Kedua-dua kawasan tersebut sebelum ini dimenangi oleh PH. – BERNAMA

Tags: pengundiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd