• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Rise Ini Kalilah’ Peluang Besar Mira Filzah

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Mira Filzah menganggap tawaran berlakon dalam filem Rise Ini Kalilah merupakan peluang berharga buatnya.

Mira, 25, berkata dia tidak akan dapat bekerjasama dengan barisan pelakon dan pengarah yang berbeza sekiranya dia menolak tawaran tersebut.

“Tawaran ini sangat berbeza dengan tawaran yang saya pernah terima sebelum ini sebab filem itu berdasarkan kisah benar.

Bagi saya, ia satu pengalaman berharga terutamanya kita dapat bekerja dengan barisan pelakon yang berbeza dan pengarah yang saya tak pernah bekerjasama.

“Saya rasa, kalau tak ada filem ini, tak ada saya kerja dengan mereka. Jadi, saya tak akan lepaskan peluang yang sangat besar,” kata Mira kepada mStar Online.

Mira gembira dapat bekerjsama dengan barisan pelakon dan pengarah yang berbeza.

Mira ditemui ketika malam gala filem Rise Ini Kalilah di GSC One Utama Shopping Centre, di sini pada Isnin lalu.

Filem yang mengisahkan disebalik kejayaan Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei lalu itu membuatkan segelintir netizen beranggapan ada unsur politik.

Bagaimanapun, menurut Mira, filem yang mempunyai enam kisah berlainan itu merupakan cerita mengenai kehidupan rakyat Malaysia dan tidak ada kena mengena dengan parti politik.

“Cerita-cerita dalam filem ini mengisahkan perjalanan hidup rakyat Malaysia yang sebenar. Banyak pengajaran yang memang ada kaitan dengan kehidupan kita.

Barisan pelakon filem Rise Ini Kalilah.

“Filem ini tidak ada berat sebelah dan ia melingkungi secara keseluruhan. Bergantung pada pendapat masing-masing untuk menilai.

“Bagi saya, tidak ada berat sebelah mana-mana parti politik. Malah, tiada langsu isu sensitif yang dipaparkan,” ujarnya.

Filem terbitan WebTVAsia arahan tiga pengarah, Nik Amir Mustapha, Saw Teong Hin, dan Prem Nath akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 13 September ini.

Selain Mira, barisan pelakon lain adalah Remy Ishak, Yana Samsudin, Sangeeta Krishnasamy, Mark O’dea, Mustaqim Bahadon, dan Sharifah Sakinah. – mStar Online

Tags: Mira Filzahpelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd