• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Interchange Menyerlah Di Festival Filem Asia Pasifik

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Filem arahan Dain Said, Interchange sekali lagi meraih pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi anugerah Kesan Khas Visual pada Festival Filem Asia Pasifik ke-58 (APFF58) di Taipei, Taiwan, Sabtu lalu.

Filem supernatural itu mengenepikan empat fnalis lain iaitu Jungle terbitan produksi Australia, The Tag Along 2 (Taiwan), Villa Dwellers (Iran) dan The Soul of Himalaya (China). Trofi kemenangan diterima Datuk Nancie Foo mewakili pihak produksi.

Selain Kesan Khas Visual, Interchange turut dicalonkan dalam kategori Penataan Bunyi Terbaik bersama empat lagi calon termasuk The Tag Along 2 dan tiga karya dari Filipina iaitu Birdshot, The Right to Kill serta Respeto.

Interchange menggabungkan bintang Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Alvin Wong serta Chew Kin Wah

Ia berkisar mengenai jurufoto forensik, Adam (lakonan Iedil) yang setiap hari melihat tubuh dikerat menerusi lensa kameranya, lalu menyertai rakan setugasnya, Detektif Man (Shaheizy) menyiasat misteri siri pembunuhan di Kuala Lumpur.

APFF58 turut menyaksikan tiga filem tempatan lain iaitu Adiwiraku, Hanyut dan Abang Long Fadil 2 bersaing, namun gagal meraih kemenangan. Adiwiraku bagaimanapun, membolosi pencalonan akhir kategori Cerita Asal Terbaik.

Dain bukan nama asing dalam festival itu apabila namanya pernah disenaraikan untuk anugerah Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik menerusi Bunohan, tiga tahun lalu.

Tahun lalu, Malaysia membawa pulang trofi Pengarah Terbaik menerusi kemenangan Syamsul Yusof yang menyerlah dengan Munafik, selain Penyunting Terbaik menerusi Ola Bola (Gwyneth Lee). – BH Online

Tags: Asia PasifikFILEM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Singapura Bandar Termahal Di Asia Pasifik Untuk Sewa Atau Beli Rumah

Singapura Bandar Termahal Di Asia Pasifik Untuk Sewa Atau Beli Rumah

30/05/2023
0

SINGAPURA: Harga median rumah persendirian di Singapura adalah S$1.6 juta (RM5.45 juta) pada 2022, tertinggi dalam kalangan bandar di Asia...

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd