• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Bandar Termahal Di Asia Pasifik Untuk Sewa Atau Beli Rumah

oleh Mohd Arshad
30/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Singapura Bandar Termahal Di Asia Pasifik Untuk Sewa Atau Beli Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA: Harga median rumah persendirian di Singapura adalah S$1.6 juta (RM5.45 juta) pada 2022, tertinggi dalam kalangan bandar di Asia Pasifik, menurut laporan yang diterbitkan hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam Indeks Pemilikan Rumah oleh Institut Tanah Bandar (ULI) Pusat Perumahan Asia Pasifik, Singapura turut disenaraikan sebagai tempat paling mahal di rantau ini untuk menyewa rumah persendirian.

Dari segi kemampuan, harga median rumah persendirian di Singapura ialah 13.7 kali ganda pendapatan median isi rumah, berbanding 4.7 bagi flat Lembaga Perumahan Awam.

Singapura berada di kedudukan kedua bandar paling mampu milik di Asia Pasifik, selepas Brisbane, bagi perumahan awam dengan nisbah 4.5.

Laporan itu memberikan gambaran sejauh mana pemilikan rumah boleh dicapai di 45 bandar di sembilan negara di Asia Pasifik: Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Korea Selatan dan Vietnam.

Pada tahun lalu, harga median rumah dalam sektor swasta Singapura meningkat lebih lapan peratus, manakala harga median di Hong Kong jatuh 8.7 peratus, menurut laporan itu.

Tambahnya, kenaikan harga di Singapura disebabkan beberapa faktor termasuk kemasukan pendatang yang besar dan trend profesional muda yang berpindah ke rumah sendiri.

Selain itu, bekalan perumahan baru juga berkurangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan gangguan yang disebabkan oleh Covid-19 kepada rantaian bekalan bahan binaan dan buruh.

Kerajaan Singapura cuba menangani isu kenaikan harga dengan melaksanakan beberapa siri langkah untuk meredakan hartanah, yang terbaru diperkenalkan pada April, termasuk langkah seperti menggandakan cukai pembeli untuk warga asing kepada 60 peratus.

Sebaliknya, harga rumah di Hong Kong jatuh dengan ketara, kembali kepada harga 2017. Ini disebabkan oleh jumlah penduduk yang merosot dan kadar faedah gadai janji yang meningkat, kata laporan itu.

Harga median rumah di Hong Kong ialah AS$1.16 juta (RM5.36 juta)), jatuh 8.7 peratus daripada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Hong Kong mendahului dari segi harga setiap meter persegi. Harga median rumah bagi setiap meter persegi di Hong Kong ialah AS$19,768 (RM91,256) hampir dua kali ganda berbanding S$14,505 (RM49,423) Singapura.

UtusanOnline-

Tags: Asia Pasifikbandar termahalSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd