• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pisahkan Pejabat Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mendesak Pejabat Pendakwa Raya dipisahkan daripada Pejabat Peguam Negara dengan segera bagi mengelak rakyat curiga dengan peranan Peguam Negara dalam sesuatu keputusan pendakwaan.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan berkata, ia susulan keputusan Pejabat Peguam Negara yang menggugurkan pendakwaan terhadap kes rasuah dalam pembelian banglo di bawah harga pasaran membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kelmarin.

Katanya, selepas keputusan itu, pihaknya mendapati wujud kegelisahan dalam kalangan rakyat apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut dengan keputusan itu dan mendakwa tidak dibawa berbincang dalam proses membuat keputusan itu.

Kata kenyataan itu lagi, walaupun Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria menjelaskan keputusan itu dibuat olehnya tanpa pembabitan Peguam Negara, ia menimbulkan kebimbangan kerana menunjukkan tiada penyelarasan di antara SPRM dan Pejabat Peguam Negara.

“Orang ramai curiga dengan keputusan itu kerana pada mulanya kes itu seperti bermotif politik ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Dengan pembebasan Lim Guan Eng secara tiba-tiba selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa, satu lagi kebimbangan timbul sama ada keputusan itu dibuat disebabkan campur tangan luar, terutama daripada pihak eksekutif.

“Walaupun BERSIH 2.0 mengalu-alukan kenyataan Mohamad Hanafiah yang dilihat menjadi titik permulaan ke arah pemisahan kuasa pendakwaan dari Peguam Negara, kes itu menunjukkan keperluan mendesak Pejabat Pendakwa Raya ditubuhkan dan dipisahkan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Ia bagi membuang rasa curiga rakyat terhadap peranan Peguam Negara yang bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada eksekutif, turut mempengaruhi keputusan sesuatu pendakwaan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kelmarin melepas dan membebaskan Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan, Phang Li Koon, daripada dakwaan bersubahat.

Pejabat Peguam Negara tidak meneruskan pendakwaan kes rasuah itu selepas mendapati bukti dikemukakan di mahkamah lemah.

Mohamad Hanafiah membuat kesimpulan itu selepas meneliti keterangan melalui siasatan SPRM dan keterangan saksi pendakwaan di mahkamah serta ketika disoal balas peguam bela.

Pendakwaan kes itu dimulakan dan diketuai bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

SPRM bagaimanapun terkejut dengan keputusan itu dan menegaskan keputusan menarik balik kes berkenaan diputuskan Pejabat Peguam Negara dan bukan daripada suruhanjaya itu. – BH Online

Tags: Bersih 2.0pejabat peguam negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buli MCKK: Kertas Siasatan Sudah Dirujuk Pejabat Peguam Negara

Buli MCKK: Kertas Siasatan Sudah Dirujuk Pejabat Peguam Negara

11/11/2023
0

IPOH : Kertas siasatan kes buli didakwa melibatkan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah pun diserahkan ke Pejabat Peguam...

Kertas Siasatan Insiden Kecoh Di KLIA Dirujuk Ke Pejabat Peguam Negara

Kertas Siasatan Insiden Kecoh Di KLIA Dirujuk Ke Pejabat Peguam Negara

01/08/2023
0

SERDANG: Kertas siasatan berhubung kes kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd