• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buli MCKK: Kertas Siasatan Sudah Dirujuk Pejabat Peguam Negara

oleh AK-47
11/11/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Buli MCKK: Kertas Siasatan Sudah Dirujuk Pejabat Peguam Negara
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Kertas siasatan kes buli didakwa melibatkan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah pun diserahkan ke Pejabat Peguam Negara (AGC), kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini, beberapa arahan khusus telah diberikan AGC kepada pihak polis bagi melengkapkan lagi siasatan kes berkenaan.

“Antara arahan yang diterima adalah berkaitan laporan penuh perubatan mangsa. Tindakan sedang diambil oleh pegawai penyiasat berkaitan arahan tersebut.

“Kertas siasatan akan dirujuk semula kepada AGC dalam masa terdekat setelah laporan diperolehi dan semua tindakan diambil,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Yusri berkata, kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin lalu untuk cadangan pertuduhan.

Jelasnya, siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Isu berkaitan buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar itu tular berikutan hantaran dimuatnaik di laman Instagram yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pelajar sekolah dimasukkan ke hospital dipercayai dibuli pelajar senior.

Turut tular sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku yang hanya diminta berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob dalam kenyataannya sebelum ini berkata, laporan kejadian buli itu diterima pada 24 September lalu sekitar pukul 10.05 pagi di mana tiga pelajar lelaki tingkatan empat dikatakan telah dipukul pelajar tingkatan lima seramai empat orang.

Menurut beliau, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan ‘normal physical finding mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan parah.

-Utusan Online

Tags: Kertas SiasatanKes Buli MCKKpejabat peguam negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd