• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Laporan Pihak Berkuasa Lemaskan Anjing Untuk Lupus

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan laporan akhbar tempatan mengenai tindakan Jabatan Veterinar negeri yang kononnya melemaskan anjing liar sebagai langkah melupuskan haiwan itu.

Katanya jika perkata itu berlaku beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas ke atas individu yang bertanggungjawab melakukannya.

“Jabatan Veterinar mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menangani masalah anjing liar yang ditangkap semasa Operasi Rabies yang kini giat dijalankan di negeri ini. Kita (Jabatan Veterinar) tidak melakukan perbuatan sedemikian, ia kejam. Jika betul perkara ini berlaku saya sendiri akan mengambil tindakan terhadap individu tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah ditemui selepas merasmikan International Catholic Committee of Nurses and Medical Social Assistants (CICIAMS) di Hotel Riverside Majestic di sini, hari ini.

Dua hari lepas sebuah akhbar tempatan memetik satu sumber dalam laporannya mengenai tindakan pemburu anjing yang melupuskan haiwan itu dengan cara melemaskannya sebagai usaha menjimatkan kos, dalam operasi membanteras penularan jangkitan penyakit rabies, atau penyakit anjing gila.

Uggah berkata beliau berasa kesal dengan tindakan individu yang melaporkan berita itu dan menyifatkannya sebagai melanggar etika kewartawanan.

“Dia (individu yang melaporkan) sepatutnya ada bukti yang kukuh sebelum melaporkan sesuatu berita kerana ia mampu memberi impak negatif. Bila perkara ini sudah tular, impaknya melibatkan seluruh negara, sekali gus menjejaskan nama negara,” katanya.

Kongres dunia ke-20 CICIAMS bertema ‘Education for Sustainable Health: Engaging Development, Respecting Life’ itu dihadiri kira-kira 450 peserta dari pelbagai negara seperti, Singapura, India, Jepun, Filipina, Amerika dan Kanada.

CICIAMS ditubuhkan pada 1933 dan diadakan setiap empat tahun, dihoskan oleh persatuan kebangsaan di rantau Afrika, Asia, Eropah dan Amerika. – BERNAMA

Tags: Anjing Liarsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd