• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Giat Laksana Program Stabil Harga Makanan

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Stok Bekalan Makanan yang dijalankan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah antara inisiatif kerajaan bagi menstabilkan harga dan menjamin bekalan bahan makanan pada pasaran tempatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata ia melibatkan outlet peruncitan FAMA di seluruh negara, yang mana bekalan makanan diperoleh daripada pengusaha tempatan dan diimport dari negara pengeluar.

“Pada tahun ini, program itu diperluaskan kepada 27 komoditi seperti sembilan jenis sayur-sayuran, barang kawalan iaitu gula, tepung dan minyak, lima jenis ikan beku segar (Q-Fish), ayam proses standard, telur ayam serta barangan industri asas tani.

“Kerajaan juga melaksanakan program Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani, Agrobazaar Kedai Rakyat dan outlet peruncitan lain di seluruh negara yang menawarkan penjimatan harga antara lima dan 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah mengenai usaha kementerian dalam membantu mengurangkan ketidakstabilan harga makanan dalam pasaran tempatan.

Sim seterusnya berkata nilai jualan yang dicatatkan bagi program Jimat Belanja Dapur adalah RM46 juta sepanjang Januari hingga April lepas.

Selain itu, kementerian turut mengadakan Program Jualan Terus Dari Ladang melibatkan 337 peserta dengan nilai jualan RM790,803 dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Mei lepas. – BERNAMA

Tags: FAMAHarga Barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd