• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Masih Waras – Johan As’ari

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon, Johan As’ari terkilan dengan segelintir pihak yang menganggap dirinya bermasalah dan menghadapi gangguan jiwa gara-gara berkawan rapat dengan Iqram Dinzly.

Johan berkata, masyarakat tidak sepatutnya menilai hanya kerana dia bersahabat dengan Iqram, malah menegaskan, mereka masih waras.

“Dia rakan yang sangat baik. Tidak sepatutnya orang ramai menilai kami begitu dan dakwaan itu tidak betul. Tuduhan ini cukup berat, malah kami seperti menjadi mangsa buli siber apabila berterusan dihentam di media sosial.

“Biar apa juga tanggapan ramai, saya bersyukur masih ada peminat yang menyokong dan menghargai usaha yang saya lakukan,” katanya kepada BH Online.

Tambah Johan, biarpun dilempar pelbagai tuduhan di laman sosial, ia langsung tidak menjejaskan kehidupan hariannya, apatah lagi dia sentiasa dikelilingi rakan dan keluarga.

Johan berkata, persahabatannya dengan Iqram memberikan dia ilmu baharu yang boleh dimanfaatkan dalam mengharungi dugaan hidup.

“Saya tidak terjejas langsung dengan isu yang diperkatakan itu. Berkawan dengan Iqram memberi ruang untuk saya berkongsi ilmu.

“Saya masih bebas ke mana-mana, malah tidak pernah dipinggirkan teman dan keluarga disebabkan kami berkawan rapat.

“Hanya di media sosial orang memandang serong terhadap apa yang saya lakukan. Saya mengambil pendekatan positif dalam hal remeh begini,” katanya.

Sementara itu, menyentuh soal perkembangan kerjaya, Johan masih melunaskan penggambaran, Mat Kilau, selain filem terbarunya, Tujuh arahan Raja Mukhriz bakal memasuki pawagam, tidak lama lagi. – BH ONLINE

Tags: johan As'aripelakon
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd