• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Janji Bantuan, Pinjaman AS$60 Bilion Untuk Afrika

oleh Haris
04/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHINA tidak melabur dalam projek untuk menunjuk-nunjuk di Afrika tetapi membantu benua itu membina infrastrukturnya, kata Presiden China Xi Jinping.

Beliau berikrar akan menambah bantuan sebanyak AS$60 bilion untuk pembangunan Afrika ketika berucap dalam pembukaan sidang kemuncak China-Afrika di Beijing.

Pada masa ini, China ialah pendana tunggal dua hala terbesar untuk infrastruktur di Afrika.

Tetapi pelaburan China ini berdepan kritikan yang mendakwa hutang negara-negara Afrika meningkat akibat projek China.

Xi mengakui kebolehlaksanaan sesetengah projek perlu dinilai dan kerjasama perlu dimudahkan.

“Kerjasama China dengan Afrika disasarkan pada memudahkan pembangunan,” kata Xi kepada komuniti perniagaan di sidang kemuncak dua hari itu.

“Sumber yang ada tidak boleh dibelanjakan dalam projek untuk menunjuk tetapi perlu dibelanjakan pada apa yang paling penting.”

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa mengalukan penglibatan China yang semakin meningkat dan tidak bersetuju dengan dakwaan China melaksanakan kolonialisme baharu.

Semua negara Afrika menghantar wakil ke sidang kemuncak itu kecuali eSwatini, yang sebelum ini dikenali sebagai Swaziland.

Negara ini satu-satunya negara Afrika yang mengekalkan hubungan diplomatik dengan Taiwan.

China tidak membenarkan mana-mana negara mempunyai hubungan rasmi dengannya dan Taiwan pada masa sama.

Menurut Xi, sebanyak AS$60 bilion akan diberikan dalam bentuk bantuan dan pinjaman.

Ia akan dibelanjakan pada lapan program dalam tiga tahun, termasuk membina lebih banyak infrastruktur dan memberi biasiswa kepada siswa muda Afrika.

“Pelaburan China di Afrika tidak datang dengan syarat politik,” tegas Xi.

Ikrar AS$60 bilion itu melebihi jumlah AS$60 bilion yang ditawarkan dalam sidang kemuncak sama pada 2015 di Johannesburg, Afrika Selatan.

Hutang tanpa faedah negara-negara yang tarikh akhir pembayarannya pada 2018 akan dimaafkan bagi sesetengah negara Afrika yang miskin.

China juga akan terus memberi bantuan dana keselamatan dan terus memberi bantuan ketenteraan percuma untuk Kesatuan Afrika, tambah Xi lagi.

China telah meminjamkan sekitar AS$125 bilion kepada Afrika antara tahun 2000 hingga 2016, menurut data sebuah pusat kajian China di Sekolah Kajian Antarabangsa Lanjutan di Universiti Johns Hopkins.

Antara projek yang telah dibina ialah jalan rel antara ibu negara Kenya, Nairobi dengan pelabuhan Mombasa.

Rangkaian jalan menghubungkan bandar-bandar di Afrika dirancang untuk menghubungkan Sudan Selatan, Republik Demokratik Congo, Rwanda, Burundi dan Habsyah yang tiada pantai dengan Lautan Hindi. – BBC

Tags: AfrikaChina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd