• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Curi Komponen Syarikat Telekomunikasi Tumpas

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah berjaya menumpaskan kumpulan RRU yang dipercayai aktif mencuri komponen milik syarikat telekomunikasi di sekitar Kuala Muda, Kulim dan Pulau Pinang susulan penahanan empat lelaki pada 19 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, empat lelaki itu ditahan secara berasingan di Kuala Muda, Sungai Petani dan Kulim.

“Hasil siasatan awal, kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 30 dan 40-an mengaku terlibat dan bergiat aktif dalam mencuri ‘radio remote unit’ (RRU) milik syarikat telekomunikasi Digi, Maxis dan U-Mobile sepanjang tahun ini.

“Susulan penahanan mereka, kita juga telah menahan tiga lelaki termasuk pemilik kedai lusuh di Jalan Besar Seberang Perai, Pulau Pinang bagi membantu siasatan. Pemeriksaan di kedai berkenaan, kita telah merampas 19 unit RRU yang dicuri,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Mior Faridalathrash, kesemua rampasan yang dianggarkan bernilai RM600,000 itu positif bagi beberapa kes yang dilaporkan di negeri ini dan Pulau Pinang.

Katanya,pihak polis menerima 100 laporan daripada pelbagai syarikat telekomunikasi berhubung kehilangan RRU ini.

“Setiap unit dianggarkan bernilai lebih RM30,000 namun kumpulan RRU ini mendapat keuntungan sebanyak RM2,000 seunit.

“Kita percaya ada syarikat berkaitan komunikasi yang membeli komponen ini di kedai lusuh berkenaan dan disyaki terdapat kumpulan lain yang turut menjalankan kegiatan mencuri RRU ini,” ujarnya.

Mior Faridalathrash memberitahu, kesemua suspek kini direman di Pulau Pinang dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Kes Curikomponen syarikat telekomunikasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd