• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Berbalah Sesama Sendiri Hingga ‘Bercerai’

oleh
04/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti komponen di bawah Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak berbalah sesama sendiri sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti perpecahan dan ‘perceraian’, kata Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata setiap parti sudah tentu mempunyai pandangan serta pendapat berbeza, namun perkara itu tidak seharusnya menjadi punca ‘perceraian’ antara mereka.

Beliau menarik perhatian bahawa faktor utama kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas menumbangkan Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan gabungan antara PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kalau tambah parti lain, tidak mengapa tetapi jangan (berbeza pendapat) hingga kita semua bercerai.

“PAS pun tahu gabungan ini penting sebab itu sekarang mereka bergabung dengan UMNO,” katanya ketika berucap pada ceramah PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini malam ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata pelantikan seorang anggota pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan satu perubahan besar yang dilaksanakan kerajaan PH dalam usaha mengubah cara pentadbiran negara.

“Jika kami tidak betul, pembangkang yang akan dedahkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd