• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Turut Terkejut Penarikan Kes Guan Eng

oleh
03/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini turut melahirkan rasa terkejut dengan pembebasan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah lot tanah dan banglo semalam.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Guan Eng semalam susulan permohonan oleh Timbalan pendakwaraya Datuk Masri Mohd Daud melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Semasa dirujuk mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini yang menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan itu, Dr Mahathir berkata: “mereka berhak terkejut, saya pun terkejut juga”.

Beliau berkata demikian dalam satu persidangan media di Istana Qashr Munee d sini di penghujung lawatan rasmi dua hari beliau ke Brunei.

Pada 30 Jun 2016 Menteri Kewangan yang merupakan bekas Ketua menteri Pulau Pinang itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah yang membabitkan penukaran status tanah daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan dan pembelian Lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhom, Pulau Pinang, dibawah nilai pasaran.

Sementara itu merujuk kepada lawatan dua harinya ke sini Dr Mahathir berkata apa yang penting adalah untuk menyatakan kepada Brunei bahawa polisi negara terhadap Brunei tidak berubah, kekal ingin menjadi negara yang bersahabat baik dengan Brunei.

Katanya sambutan yang diterimanya sepanjang lawatan amat menggalakkan, dan beliau merasa amat gembira dengan layanan baik yang diberikan, malah merasa amat berbangga apabila Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sendiri memandu ‘buggy’ untuk membawa beliau bersiar-siar.

Sultan Brunei merupakan pemimpin negara luar pertama yang mengunjungi Dr Mahathir hanya beberapa hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, dan kini Dr Mahathir berkata adalah masa untuk beliau membalasnya dengan kunjungan ini.

Dr Mahathir berkata antara yang dibincangkan secara ringkas dalam pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah termasuk isu berkaitan dengan Lebuhraya Pan Borneo, kerjasama berkaitan pengeluaran minyak dalam blok yang dipersetujui dua negara sebelum ini, dan berkaitan Limbang.

Terdahulu pada sebelah pagi Perdana Menteri bersama Sultan Hassanal Bolkiah bersiar-siar di Taman Mahkota Jubli Emas di sini dengan menaiki buggy yang dipandu oleh Sultan sendiri, dan seterusnya ke Horizon Restaurant untuk bersarapan.

Selepas kembali ke penginapannya, Perdana Menteri dan isteri menghadap Sultan Brunei di Istana Nurul Iman sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan baginda, dan seterusnya menghadiri majlis santapan tengah hari.

Pada sebelah petangnya Perdana Menteri memberikan syarahan umum di Universiti Brunei Darussalam dan menjawab pelbagai soalan yang dikemukakkan oleh ramai ahli akademik di universiti berkenaan, sebelum beransur ke Istana Qashr Munee.

Perdana Menteri dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama rombongannya yang turut disertai oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berlepas dari lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan lewat petang ini. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti DAP yang sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membezakan antara budaya Malaysia dengan disko jalanan susulan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd