• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kini Nama Saya Bersih Dari Fitnah Rasuah,” Kata Lim

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini melahirkan rasa syukur selepas dibebaskan dari tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Lim dalam nada sayu dan terharu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila namanya kini bersih dari sebarang palitan rasuah.

“Saya amat bersyukur bahawa sesuatu pendakwaan terpilih dan juga yang telah membawa banyak tekanan kepada saya, keluarga saya juga kepada Phang (Phang Li Koon) yang turut berdepan pertuduhan rasuah) akhirnya tamat.

“Kini kami boleh membersihkan nama kami, kita tahu itu bermula dari rejim lama. Hari ini sebenarnya saya dan Phang bersiap sedia untuk apa-apa saja kemungkinan. Namun saya amat bersyukur kepada Tuhan, bersyukur dengan barisan peguam saya, ahli keuarga saya yang sentiasa berdiri bersama saya, serta kepada penyokong-penyokong yang sering bersama saya,” katanya.

Lim yang kini Menteri Kewangan berkata beliau kini mampu menarik nafas lega apabila bebas daripada tuduhan fitnah dan akan mengadakan majlis bagi meraikan kemenangan itu.

Beliau berkata tumpuan selepas ini adalah beliau akan bersungguh-sungguh meneruskan tugas penting bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia.

“Saya akan teruskan kerja lebih penting iaitu untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia dan membawa satu perubahan yang lebih baik untuk masa depan anak-anak kita.

“Saya juga juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sungguhpun saya telah difitnah dengan tuduhan-tuduhan demikian, mereka masih menyokong kuat kepimpinan saya, terima kasih pada parti saya, barisan kepimpinan yang bersama saya, tidak pernah meragui dan mempersoalkan saya adalah pemimpin yang bersih,” katanya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membebaskan Lim dan Phang daripada pertuduhan rasuah yang dihadapi mereka berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan dan memohon perintah supaya kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan.

Bagaimanapun peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim dan Datuk V.Sithambaram bertindak bagi pihak Phang memohon supaya anak guam mereka dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu.

Di luar mahkamah kedua-dua peguam itu memberitahu media bahawa pihak pembelaan menyambut baik serta amat mengalu-alukan keputusan mahkamah yang membebaskan anak guam mereka. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd